Sunday, October 23, 2016

PAN bukan cabaran PAS

 
KOTA BHARU – Penyertaan Parti Islam Se Malaysia (PAS) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lebih memfokuskan cara untuk mendekatkan dan mengembalikan umat Islam kepada ajaran al-Quran selain menyifatkan Parti Amanah Negara (PAN) bukan ancaman besar.

Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin berkata, perjuangan kali ini dilihat lebih mencabar dan tiada parti lain mampu melaksanakan tanggungjawab besar itu kerana presiden parti merupakan seorang Ketua Ulama Sedunia.

“PAS mesti ke depan, jangan harap orang lain. Saya tidak nampak orang lain (parti lain) yang boleh jadi penerokaan awal ke arah tersebut,” katanya.

Sebelum ini, setelah dimusuhi UMNO dan DAP, parti PAN mula menunjukkan taring, malahan PAS disifatkan sebagai menyertai pertandingan tiga penjuru pada PRU14.

Difahamkan, PAS merupakan sebuah parti yang matang kerana mempunyai lajnah Politik serta jawatankuasa khas bagi membantu menangani sesuatu isu dengan lebih mendalam.

Bagaimanapun, Majlis Syura berkuasa membatalkan keputusan jawatankuasa PAS pusat, sekiranya berlaku percanggahan dengan syarak.

“Pertemuan tiga penjuru, tunggu keputusan lajnah politik yang bawa keputusan kepada Pusat nanti. Kalau mereka kata sedia nak lawan tiga penjuru, kita tengok, kalau tidak bercanggah, Majlis Syura sokong,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-