Friday, November 4, 2016

Khairuddin lapor polis terhadap Pandikar berhubung dakwaan 'langgar sumpah'

Bekas naib ketua Umno Umno Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan telah membuat laporan polis terhadap Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia kerana didakwanya mengancam ahli Parlimen.

Ia berhubung kenyataan Pandikar bahawa bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas menteri Umno Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlan mungkin telah melanggar sumpah kerahsiaan kepada kabinet.

Laporan itu dibuat di Balai Polis Jalan Dang Wangi hari ini.

Dalam laporan itu Khairuddin mendakwa tindakan Pandikar itu sebagai satu percubaan untuk menghalang demokrasi berparlimen.

Beliau juga menggesa polis menyiasat Jaringan Melayu Malaysia (JMM) dan Sahabat N87 cawangan Wilayah Persekutuan, yang membuat laporan polis terhadap ketiga-tiga pemimpin itu, masing-masing pada 28 Oktober dan 29 Oktober masing-masing.

Khairuddin, yang baru-baru ini keluar dari Parti Bersatu Pribumi Malaysia (BERSATU), mendakwa bahawa tindakan yang dikatakan diambil oleh kedua-dua NGO itu sama seperti satu ugutan jenayah.

Ia juga, dakwanya, (satu bentuk) campur tangan terhadap kelancaran demokrasi berparlimen.

Dia menggesa pihak-pihak berkenaan disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah dan Seksyen 124Cof Kanun Keseksaan kerana memudaratkan demokrasi berparlimen.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-