Wednesday, November 23, 2016

Terima Kasih Kerajaan Persekutuan

SAPINAH AB GHANI
KOTA BHARU - Pas berterima kasih kepada kerajaan persekutuan kerana memberi laluan kepada parti itu membentangkan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) Pindaan 2016 (RUU 355) di Dewan Rakyat esok.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, pihaknya dalam masa sama turut menyeru semua Ahli Parlimen beragama Islam tanpa mengira fahaman politik agar menyokong usul berkenaan.

“Terima kasih kepada kerajaan persekutuan jika usul ini benar-benar diberi (dibentangkan) laluan esok.

[ARTIKEL BERKAITAN: RUU355: Tubuh segera Jawatankuasa Pemilihan Parlimen]

“Kita tak jangka apa-apa (tentangan DAP), kerana yang penting kita boleh bentang, masalah sebelum ini untuk mendapatkan ruang pembentangan, sekarang kita sudah diberi ruang, jadi terserahlah, dalam Parlimen bebas, bahas boleh, bangkang pun boleh,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Amar berkata, bagaimanapun apa yang diharapkan tidak ada penentangan dari mana-mana pihak termasuk Ahli Parlimen bukan Islam.

“Undang-undang ini hanya melibatkan masyarakat dan orang Islam, tak ada asas untuk menentang, lagipun ia bukan kali pertama, sebelum ini pun sudah ada pindaan, tapi ketika itu tak ada wakil rakyat bukan Islam yang menentang,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya juga telah membuat persediaan sebaiknya bagi memastikan usul persendirian yang akan dibentangkan oleh Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berjalan lancar.

Usul rang undang-undang persendirian itu dijangka dibentang untuk bacaan kali kedua sebelum berakhirnya sidang Dewan Rakyat esok.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-