Friday, December 23, 2016

Dekati 'Orang Umno'

Oleh : Nooreni Abu Bakar

DUNGUN – Budaya Politik Matang dan Sejahtera yang diamalkan PAS sekarang memerlukan petugas-petugas PAS, khususnya Muslimat mendekati ‘orang-orang UMNO’.

Menurut Ketua Lajnah Dakwah, Kesenian dan Kebudayaan PAS Terengganu, Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani, pengikut UMNO itu terdiri daripada enam kumpulan.
“Kita kena sedar UMNO tu ada enam kumpulan yang muslimat kena faham, yang pertama kumpulan UMNO yang jahil dok tau apa, yang kedua kumpulan UMNO yang miskin,

“yang ketiga kumpulan UMNO yang penakut, yang keempat kumpulan orang yang nak subsidi, yang kelima pegawai-pegawai kerajaan dan keenam orang alim yang menyokong UMNO atas dasar yang satu,”jelas beliau.

Ustaz Azman berkata demikian pada Majlis Munajat Perdana Ketiga, yang diadakan di Surau Batu Tiong, Pulau Serai di sini, pada Selasa, 20. Disember yang lalu.

Jadi, kata beliau, PAS mengambil pendekatan memberi penerangan yang baik, kepada lima sasaran itu.

“(kita) mesti didekati, Muslimat (mendekati) dengan berbagai cara,” tambah beliau di majlis yang di anjurkan oleh Muslimat PAS DUN Rantau Abang.

Sehubungan itu, menurut Pengarah Program, Ustazah Hanisah Ismail, munajat diadakan pada setiap bertujuan untuk merapatkan ukhuwwah Islamiah dikalangan kepimpinan di semua peringkat Muslimat peringkat DUN.
“Disamping itu ianya juga sebagai satu penyembuhan jiwa dari penyakit hati dan diganti dengan ‘mahabbah fillah’ dan juga menyelaraskan tindakan serta menyatukan fikrah,

“demi kemenangan Islam,”terang beliau yang merupakan Ketua Lajnah Dakwah, Kebudayaan dan Kesenian, Muslimat Rantau Abang.

Majlis yang dimulakan dengan bacaan al-Mathurat, diikuti dengan taujihat daripada pemimpin PAS.

Kemudian disusuli solat asar berjemaah serta munajat beramai-ramai dan diakhiri dengan ucapan penutup Ketua Muslimat DUN, ‘Kak Long’ Cikgu Rugayah Mahmood.

Kehadiran muslimat kali ini menyaksikan peningkatan melebihi 70 0rang berbanding sebelum ini hanya sekitar 60 orang.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-