Thursday, January 12, 2017

Ptd hina kematian Adenan akan digantung tugas?

‘YOU ARE STUPID!’ adalah balasan ringkas diterima seorang pegawai kerajaan bernama Nazrul Imran Mohd Nor yang bertindak menghina Perdana Menteri dan juga kematian Ketua Menteri Sarawak.

Komen Nazrul Imran dalam laman media sosial milik Datuk Seri Najib Razak dengan berkata : “Kesian. Hilang kwn, hilang deposit” itu telah tular awal pagi Khamis, 12 Januari 2017 melalui pendedahan sebuah laman Facebook bernama ‘WA Sengat Lu’ pada jam 10.59 malam hari sebelumnya.

Pendedahan tersebut membuatkan rata-rata netizen berasa tidak selesa dan marah dengan Pegawai Tadir dan Diplomatik (PTD) itu yang disifatkan sebagai buruk dan berbaur fitnah.

Rentetan daripada itu, setakat pagi Khamis, terdapat 13 laporan polis telah diterima hingga menyebabkan pasukan keselamatan bertindak menahan seorang pemilik akaun laman media sosial yang merupakan salah seorang daripada mereka yang turut menghina kematian Tan Sri Adenan Satem.

Berbalik kepada kes Nazrul Imran ini, selepas isunya tular di media sosial, pada hari ini beliau dipercayai telah dikenakan tindakan tatatertib. Menurut seorang pegawai dari Pejabat Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) melalui sebuah ‘group WhatsApp’, Nazrul Imran telah mengaku membuat komen kurang ajar berkenaan di laman sosial Facebook.

Melalui pendedahan komunikasi WhatsApp tersebut, rakannya itu telah membalas tindakan Nazrul Imran dengan kata-kata spontan ‘You are stupid!’, sejurus selepas beliau bertindak meminta maaf.

Dalam pada itu, dari sumber rakan-rakan komunikasi PTD Malaysia pula berkata, pihak pejabat Ketua Setiausaha Negara (KSN) sedang dalam pemantauan dan mungkin akan bertindak sewajarnya menghukum Nazrul Imran dalam masa terdekat.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dipercayai akan mengemukakan hasil penyiasatan kepada pihak KSN untuk tindakan lanjut. Sumber berkenaan juga menyebut, tidak mustahil pegawai Wisma Putra itu akan digantung perkhidmatannya jika kes ini dipandang serius.

Beliau dikenakan tindakan tatatertib di bawah peraturan PU(A)395/1993 dan juga dipanggil pulang dari Manila ke Wisma Putra dengan serta merta.

Syabas diucapkan kepada pihak KSN dan JPA kerana begitu pantas serta sentiasa memandang serius dalam kes-kes sebegini. Wajarlah ia tidak ‘dipandang sebelah mata’ kerana tindakan segelintir pegawai skim PTD ini bukan sahaja memburukkan nama baik mereka, malah mampu merosakkan institusi kerajaan sedia ada.

Apapun tindakan yang diambil kepada Nazrul Imran oleh pihak Polis dan KSN, diharap ia akan menjadi pengajaran buat 1.6 juta jumlah penjawat awam di seluruh negara.

Selaku pihak yang menjadi ‘tulang belakang’ kepada operasi Kerajaan, amatlah tidak wajar sekiranya mereka ini bertindak mensabotaj Ketua Kerajaan (Perdana Menteri) melalui tindakan-tindakan buruk dan fitnah sebegini.

Tv14

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-