Friday, February 10, 2017

"Perjuangan DAP satu jihad," kata PAN

KUALA LUMPUR – Perjuangan parti DAP dan sekutunya dalam Pakatan Harapan adalah jihad yang dituntut dalam Islam!

Timbalan Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (PAN), Faiz Fadzil berkata, perjuangan DAP itu seperti yang terkandung dalam hadis Nabi Muhammad S.A.W.

“Seperti mana hadis Nabi jihad paling afdhal adalah berkata benar terhadap pemimpin yang zalim,” dakwanya seperti dilaporkan sebuah portal berita semalam.

Selain PAN, Pakatan Harapan yang diketuai DAP turut dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Faiz dalam pada itu berkata, PAS merupakan sebuah parti yang berfungsi untuk memecahbelah pakatan pembangkang.

Justeru, katanya, Pakatan Harapan seharusnya terus mara ke depan dan membiarkan PAS ditolak oleh rakyat.

Beliau turut membidas Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz kerana menyatakan DAP menentang Islam.

Dakwanya, kenyataan itu bersifat propaganda bagi membangkitkan api perkauman berasaskan sentimen agama di negara ini.

Justeru, beliau menuduh Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz sebagai lidah UMNO.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-