Wednesday, March 15, 2017

Laporan siasatan dalam tiga bulan

BANGUNAN Bank Negara Malaysia. FOTO Yazit Razali
Mohd Husni Mohd Noor
mhusni@hmetro.com.my

Putrajaya: Pasukan Petugas Khas siasatan berhubung kerugian mata wang asing Bank Negara menyasarkan untuk melaporkan hasil penemuan siasatan kepada Jemaah Kabinet dalam tempoh tiga bulan.

Pengerusinya, Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata, laporan siasatan berkenaan bakal merangkumi perakuan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja sekiranya perlu bagi meneruskan siasatan dengan lebih terperinci.

"Sebagai sebahagian daripada penyiasatan ini, kami menggalakkan sesiapa yang mempunyai sebarang maklumat mengenai perkara ini agar berkongsi maklumat tersebut kepada kami," katanya dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

Katanya hari ini, Pasukan Petugas Khas melantik enam ahli termasuk Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Azam Baki; Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Acryl Sani Abdullah Sani dan Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia Tan Sri Ranjit Ajit Singh.

Mohd Sidek berkata, ahli lain dilantik termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Amanah Persaraan Diperbadankan, Datuk Wan Kamaruzaman Wan Ahmad; Pengerusi Bersama PEMUDAH yang juga bekas Pengarah Urusan Shell Malaysia, Tan Sri Saw Choo Boon dan Rakan Kongsi Guaman, Jahaberdeen & Co, Datuk Seri Jahaberdeen Mohamed Yunoos.

Menurutnya, Setiausaha Pasukan Petugas Khas dan Ketua Sekretariat Pasukan Petugas Khas pula dipangku oleh Datuk Dr Yusof Ismail yang kini berkhidmat sebagai Setiausaha Bahagian Pelaburan Strategik Kementerian Kewangan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-