Thursday, March 9, 2017

Usul RUU355 tersenarai, Kit Siang tuntut janji pemimpin BN letak jawatan

KUALA LUMPUR, 10 Jamadilakhir 1438H, Khamis – Penasihat parti rasis dan cauvinis DAP, Lim Kit Siang mendesak empat orang pemimpin kanan parti komponen Barisan Nasional (BN) menunaikan janji mereka untuk meletakkan jawatan sebagai menteri.

Desakan itu dibuat atas dakwaan sekiranya kerajaan membenarkan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (Akta 355) dibahas di Parlimen.

Kit Siang berkata, usul RUU 355 kini berada pada kedudukan keenam Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat kali ini.

“Tiga orang menteri iaitu Datuk Seri Liow Tiong Lai (Presiden MCA), Datuk Seri Wee Ka Siong (Timbalan Presiden MCA), (Datuk Seri) Ong Ka Chua (Setiausaha Agung MCA) dan Presiden Gerakan, Datuk Seri Mah Siew Keong sebelum ini berkata mereka akan letak jawatan sebagai menteri jika usul yang dibawa oleh Presiden PAS (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) dibahaskan di Parlimen.

“Saya ingin menuntut mereka tunaikan janji mereka dengan serahkan surat peletakkan jawatan mereka kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya.

Dakwanya, jika keempat-empat pemimpin ini serahkan surat peletakkan jawatan mereka kepada Najib, ia membuktikan mereka bukan menteri yang gilakan kuasa dan jawatan.

“MCA dan Gerakan kena berhenti main dengan kata-kata.

“Mereka perlu menyatakan dengan jelas yang mereka membantah dua perkara iaitu membantah usaha kerajaan membenarkan usul Hadi dibentangkan di Parlimen.

“Yang kedua, bukti mereka membantah usaha kerajaan untuk mengambil alih usul Hadi sebaik ia dibahaskan.

“Oleh itu, dengan hanya letak jawatan sebagai menteri sahaja dah cukup untuk tunjukkan mereka tidak terlibat dalam politik semata-mata untuk jawatan, wang dan kuasa,” katanya lagi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-