Wednesday, April 19, 2017

Ketua Pemuda PAS: Anak Abdul Hadi ganti Nik Abduh

Muhammad Khalil Abdul Hadi
KUALA LUMPUR – Muhammad Khalil Abdul Hadi melakar sejarah apabila diisytiharkan menang tanpa bertanding bagi perebutan jawatan panas Ketua Dewan Pemuda PAS bagi sesi 2017-2019.

Beliau yang berusia 40 tahun merupakan anak sulung daripada 11 adik-beradik kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang turut diisytiharkan menang tanpa bertanding untuk jawatannya pada 11 April lalu.

Kemenangan Muhammad Khalil itu sekali gus mencipta rekod tersendiri selepas penyandangnya, Nik Mohd. Abduh dilantik sebagai Ketua Pemuda PAS ketika allahyarham bapanya, Nik Abdul Aziz Nik Mat bergelar Mursyidul Am.

Nik Mohd Abduh, 47, yang merupakan Ahli Parlimen Pasir Mas, melepaskan jawatan berkenaan kerana faktor usia dan kini mencuba nasib merebut tempat untuk mengisi kekosongan Ahli Jawatankuasa Pusat parti tersebut.

Muhammad Khalil sebelum ini merupakan Timbalan Ketua Pemuda PAS sejak 2013 yang ketika waktu itu sayap pergerakan tersebut diterajui oleh Suhaizan Kaiat namun kemudian tewas kepada Nik Mohd. Abduh pada 2015.

Suhaizan selepas itu menyertai serpihan PAS, PAN dan dilantik menjadi Setiausaha Agung Organisasi. PAN yang ditubuhkan pada 2015 menganggotai blok baharu, Pakatan Harapan diketuai DAP selain disertai PKR dan PPBM.

Kemenangan Muhammad Khalil menjadikan PAS sebaris PKR yang ada Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya, Nurul Izzah Anwar, DAP pula Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng manakala PPBM dengan Mahathir Mohamad dan Mukhriz.

Selain jawatan Ketua Pemuda, Lembaga Pemilihan PAS Pusat turut mengisytiharkan Kharil Nizam Khiruddin menang tanpa bertanding bagi jawatan Timbalan Ketua dan Ahmad Fadhli Shaari bagi jawatan Naib Ketua.

Dalam pada itu, portal AgendaDaily melaporkan, Kamal Ashaari dan Dr. Riduan Mohd Nor juga diisytiharkan menang tanpa bertanding masing-masing bagi jawatan Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap.

Bagaimanapun memetik laporan organ rasmi PAS, HarakahDaily, pengundian akan dijalankan bagi memilih 12 Ahli Jawatankuasa daripada 14 calon yang bertanding pada muktamar pergerakan itu, akhir bulan ini.

Sementara itu, seperti tradisinya pemilihan barisan kepemimpinan Dewan Ulama PAS bagi sesi 2017-2019 yang kini diterajui Datuk Dr Mahfodz Mohamad; malah menyaksikan semua calon jawatan menang tanpa bertanding.

Sebelum pemilihan jawatan parti pada 2015, Mahfodz yang juga Pesuruhjaya PAS Johor dilantik untuk memangku jawatan berkenaan bagi menggantikan Datuk Harun Taib yang secara kebetulan meninggal dunia pada 2014.

Jawatan Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS turut kekal disandang oleh Datuk Dr. Nik Mohd. Zawawi Salleh, manakala Naib Ketuanya dimenangi Datuk Dr. Johari Mat, juga diisytharkan menang tanpa bertanding.

Berikut calon-calon yang sah bertanding bagi Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Sesi 2017-2019 sempena Muktamar Tahunan Ke-63 yang dijadualkan di Kompleks PAS, Alor Setar, Kedah dari 28 April hingga 1 Mei depan.:

PENGERUSI TETAP
1) Hussin Bin Ismail – (Menang Tanpa Bertanding – MTB)

TIMBALAN PENGERUSI TETAP
1) Kamal Bin Shaari, Ustaz – (MTB)

PRESIDEN
1) Abdul Hadi Bin Awang, YB Dato’ Seri Tuan Guru Hj. (MTB)

TIMBALAN PRESIDEN
1) Tuan Ibrahim Bin Tuan Man, Ustaz Dato’ Hj. (MTB)

NAIB PRESIDEN (3)
1) Idris Bin Ahmad, YB Ustaz Hj.
2) Mohd Amar Bin Abdullah, YB Dato’ Hj.
3) Iskandar Bin Abdul Samad, YB Dato’ Hj. Ar.
4) Nasruddin Bin Hassan, YB Ustaz Hj.

PEMERIKSA KIRA-KIRA
1) Najib Bin Mat, Hj. (MTB)
2) Mat Syukor Bin Abd. Aziz, Hj. (MTB)

AHLI JAWATANKUASA KERJA (18) AJK
1) Riduan Bin Mohd Noor, Dr. Hj.
2) Mohd Khairuddin Aman Razali, YB Dato’ Dr.
3) Mohd Nassuruddin Bin Daud, YB Dato’ Hj.
4) Mohd Zuhdi Bin Marzuki, Dr. Hj.
5) Sallehen Bin Mukhyi, YB Ustaz Hj.
6) Razman Bin Zakaria, Hj.
7) Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz, YB Ustaz Hj.
8) Rosni binti Adam, Dr. Hajjah,
9) Mohamad Sanusi Bin Md. Nor, Hj.
10) Mohd Fadzli Bin Hassan, YB Dato’ Dr. Hj.
11) Najihatussolehah Ahmad, Dr. Hajjah
12) Mokhtar Bin Senik, Ustaz Hj.
13) Abdullah Bin Hussin, YB Ustaz Hj.
14) Muhtar Bin Suhaili As-Sarawaki
15) Zaharuddin Bin Muhammad, Ustaz Hj.
16) Norazli Musa, Ustaz Hj
17) Zainal Abidin Kidam, Hj.
18) Mohamad Noor Bin Mohamad, Hj.
19) Mohd Fuad Bin Salleh, Dr.
20) Halimah Bt. Ali, YB Dr.
21) Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurrazi, Dr.
22) Ahmad Bin Yahya, YB Ustaz
23) Kamaruzzaman Bin Mohamad
24) Misbahul Munir Masduki, Ustaz
25) Saiful Bahri Bin Mamat, YB Hj.
26) Azman Bin Ibrahim, Dr.

Lembaga Pemilihan PAS Pusat dengan ini mengisytiharkan bahawa penama/calon bagi jawatan PENGERUSI TETAP, TIMBALAN PENGERUSI TETAP, PRESIDEN, TIMBALAN PRESIDEN DAN PEMERIKSA KIRA-KIRA di atas adalah menang tanpa bertanding dan dengan itu tiada pemilihan/pengundian bagi jawatan-jawatan tersebut.

Disemak dan disahkan oleh;
WAN ROHIMI WAN DAUD
Setiausaha,
Lembaga Pemilihan PAS Pusat
Tarikh: 18 April 2017

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-