Sunday, April 2, 2017

RUU 355 dibentang 6 April

Mohd Nasif Badruddin
mnasif@hmetro.com.my
AHMAD Zahid bersama Ketua Polis Negara merangkap Timbalan Pengerusi MCPF, Tan Sri Khalid Abu Bakar (kiri), semalam.

Subang Jaya: Usul pindaan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355 akan dibentangkan sebagai usul persendirian pada hari terakhir persidangan Dewan Rakyat, 6 April ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, usul itu akan dibentangkan oleh Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga Presiden PAS selepas semua urusan kerajaan diselesaikan.

“Kita serahkan pada budi bicara Speaker sama ada huraian pindaan ini akan diberikan secukupnya dan juga perbahasan dibuat atau sebaliknya.

“Tetapi saya yakin pengundian tidak akan dibuat.

“Bagaimanapun, terserah kepada Speaker untuk menentukan tatacara dalam persidangan dewan itu,” katanya dalam sidang media Mesyuarat Agung Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) dan Majlis Penyampaian Anugerah Integriti MCPF 2017 di sini, semalam.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-