Thursday, January 18, 2018

Berkasih dengan DAP kerana kuasa

Azrul Hakimie Anuer
18 Januari 2018 7:07 PM
  TINDAKAN Tun Dr. Mahathir rapat dengan DAP dipercayai untuk kembali berkuasa. - UTUSAN ONLINE/ Zaini Husin

KUALA LUMPUR 18 Jan. - Keputusan Pas untuk bertanding bersendirian di kira-kira 130 kerusi pada pilihan raya umum kelak disifatkan menjadi punca Tun Dr. Mahathir Mohamad membenci parti tersebut kerana dipercayai boleh menghalang cita-citanya untuk berkuasa semula.

Bekas Exco Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Wahazir Abd Wahabi berkata, kerana kuasa juga Pengerusi Pakatan Harapan itu sanggup `berkasih’ dengan DAP iaitu sebuah parti yang pernah digelar sebagai perkauman oleh beliau suatu ketika dahulu.

Jelasnya, inilah wajah sebenar Dr. Mahathir, seorang negarawan terbilang yang berjuang menggunakan nama bangsa Melayu melalui Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) demi memperoleh kuasa dan menyelamatkan periuk nasi anak-beranak beliau.

“Pada asalnya asas perjuangan PPBM adalah demi membela nasib rakyat namun lama-kelama peranannya berubah demi menjayakan agenda peribadi. Dr. Mahathir selama ini telah menanam benci dalam diri anak muda supaya membenci DAP, nampaknya kini beliau berkawan baik dengan parti itu demi kuasa.

“Bagi saya Dr. Mahathir tidak layak untuk menggelar Pas sebagai pengkhianat oleh kerana tidak mahu bersekutu dengan Pakatan Harapan, Pas mempunyai akar umbi yang kuat dan lebih lama ditubuhkan daripada PPBM , justeru mereka mempunyai hak untuk bertanding secara bersendirian,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas episod kebencian Dr. Mahathir terhadap Pas sehingga memaksa parti itu menyatakan pendirian sama ada menyokong beliau atau Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri menjelang pilihan raya. - UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/kl-putrajaya/berkasih-dengan-dap-kerana-kuasa-1.592830#ixzz54XK8fBhW
© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-