Friday, April 6, 2018

10 fakta pembubaran sementara BERSATU

Sambil menyenaraikan 10 fakta mengenai pembubaran sementara parti itu Timbalan Pengarah Jabatan Komunikasi Strategik BN, Eric See-To, berkata hakikat yang membawa kepada keputusan ROS berkenaan "tidak boleh dinafikan" pihak terbabit.
Berikut ialah kenyataan See-To:
10 Fakta tentang pembubaran sementara PPBM
  1. Masalah antara BERSATU dan ROS telah diketahui umum sejak berbulan-bulan yang lalu.
  2. Ahli BERSATU sendiri telah membuat banyak aduan tentang masalah pengurusan dan penajaan dalam BERSATU.
  3. Malah sehingga hari ini, mereka sendiri kurang pasti tentang kesahihan sayap parti Srikandi mereka, serta siapa sebenarnya ketua sayap tersebut.
  4. Kepimpinan parti, termasuklah Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengaku yang BERSATU mengalami kesulitan untuk memenuhi syarat pendaftaran ROS.
  5. BERSATU tidak pernah membuat sebarang pemilihan parti.
  6. Logo BERSATU dan Parti Amanah Negara (AMANAH) masih baru dan tidak dikenali ramai jika dibandingkan dengan logo PKR dan DAP.
  7. Proses mendaftarkan calon BERSATU di bawah logo PKR atau DAP hanya mengambil masa kurang daripada 1 hari.
  8. Hari ini, DAP telah mengumumkan mereka tidak akan menggunakan logo roket. Jadi besar kemungkinan logo PKR akan digunakan untuk pilihan raya kali ini.
  9. Memandangkan BERSATU sendiri tidak mahu menggunakan logo mereka untuk pilihan raya; jika ROS membubarkan parti ini atas kelemahan pengurusan parti dan masalah kekurangan dana, pihak yang paling untung sekali ialah BERSATU dan Pakatan Harapan juga. Ia kerana mereka boleh menggunakan isu ini untuk menyalahkan Datuk Najib Razak dan BN dengan berlakon menjadi mangsa keadaan.
  10. Sekiranya ROS mengizinkan BERSATU menggunakan logo mereka sekali pun untuk pilihan raya-pilihan raya akan datang, BERSATU tetap tidak akan menggunakan logo mereka.
Dan ini semua adalah kenyataan yang tidak boleh dinafikan mereka.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-