Thursday, April 12, 2018

Pakar ekonomi ramal BN menang selesa

KUALA LUMPUR Barisan Nasional (BN) diramal menang selesa pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dengan memperoleh peningkatan majoriti.

Pakar ekonomi di firma penyelidikan, Oxford Economics, Sian Fenner berkata, selain itu, manifesto BN dijangka mampu melonjakkan ekonomi negara sebanyak kira-kira 0.25 peratus pada tahun ini.

“Manifesto yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi tumpuan untuk menangani masalah kos sara hidup yang meningkat, termasuklah dengan menaikkan gaji penjawat awam dan menetapkan gaji minimum kepada RM1,500 dalam masa lima tahun akan datang.

“Selain pemotongan cukai pendapatan dan pemberian tunai lebih tinggi untuk isi rumah berpendapatan rendah dalam belanjawan lalu, gaji agregat kakitangan awam akan dinaikkan sebanyak RM1.46 bilion berkuat kuasa 1 Julai ini,” katanya dalam satu laporan di sini, hari ini.

Dalam laporan Oxford Economics itu juga mengekalkan unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 5.2 peratus setelah mengambil kira pergeseran hubungan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China yang berkemungkinan melembapkan aktiviti dagangan.

Fenner menambah, walau bagaimanapun, dengan mengguna pakai Model Ekonomi Global Oxford Economics, pertumbuhan KDNK dijangka meningkat sekitar 0.25 peratus tahun ini berbanding unjuran dasar semasa 5.2 peratus, dengan mengambil kira kenaikan gaji penjawat awam dan kenaikan gaji minimum sebanyak 10 peratus (yang selaras dengan kenaikan 50 peratus yang dijanjikan dalam masa lima tahun).

“Perbelanjaan isi rumah dijang­ka meningkat kesan daripada kenaikan pendapatan peribadi.

“Beberapa faktor lain juga diramal dapat membantu pertumbuhan KDNK tahun ini, se­perti janji Najib untuk melupuskan hutang peladang kelapa sawit dan pembangunan infrastruktur yang lebih baik,” tambahnya lagi.

- Utusan Online

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-