Saturday, April 7, 2018

Pakat guna logo PKR hanya sandiwara

Afiq Mohd. Shah
06 April 2018 11:29 PM

TUN Dr. Mahathir dan para pemimpin tertinggi Pakatan Harapan mengibarkan bendera PKR yang dipilih untuk digunakan pada PRU-14 oleh Pakatan Harapan sempena Jelajah Harapan Malaysia di Pasir Gudang, malam ini. - UTUSAN ONLINE/ RAJA JAAFAR ALI

KUALA LUMPUR 6 April -  Hasrat parti-parti Pakatan Harapan diketuai DAP menggunakan logo PKR untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dilihat sebagai sandiwara politik bagi mengaburi pandangan rakyat.

Pendekatan itu hakikatnya belum pasti teruji di peringkat akar umbi parti masing-masing yang banyak meluahkan rasa tidak puas hati kerana perbezaan ideologi dan halatuju yang terlalu ketara.

Bekas Pengasas PKR, Ng Yum Long berkata, sebelum penamaan calon pada PRU-13, Penasihat DAP, Lim Kit Siang pernah ‘melakonkan’ drama yang serupa apabila memutuskan untuk menggunakan logo Pas dan PKR, namun akhirnya logo ‘roket’ juga menjadi pilihan mereka.

Katanya, beliau tidak terkejut sekiranya kepemimpinan Pakatan Harapan membuat pusingan U dalam perkara logo berkenaan kerana hanya hendak mempertahankan kepentingan masing-masing.

“Sejak DAP mengumumkan untuk tidak menggunakan logo ‘roket’ baru-baru ini, saya menerima banyak panggilan terutama daripada ahli akar umbi yang marah dengan kepemimpinan parti itu.

“Selain itu, di pihak PKR, ia jelas bertentangan dengan agenda perjuangan PKR yang ditubuhkan kerana mahu menjatuhkan Tun Dr. Mahathir Mohamad, namun kini mereka ‘mempelawa’ pula bekas Perdana Menteri itu duduk dalam payung PKR,” ujar beliau.

Logo PKR yang akan digunakan oleh keempat-empat parti dalam Pakatan Harapan diketuai DAP bagi PRU-14 diumumkan Dr. Mahathir dalam sebuah majlis di Pasir Gudang, Johor, malam ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-