Monday, July 9, 2018

Timbalan Menteri rebah, jatuh dari pentas

Azura Abas; Manirajan Ramasamy; Irwan Shafrizan Ismail dan Nadia Hamid
cnews@nstp.com.my

TIMBALAN Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Mohamed Hanipa Maidin rebah dari pentas ketika perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya. Foto NSTP/AHMAD IRHAM MOHD NOOR.

TIMBALAN Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Mohamed Hanipa Maidin rebah di pentas ketika perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di Dataran Putra, Putrajaya, hari ini.

Semua yang hadir terkejut apabila beliau tiba-tiba jatuh dari pentas ketika Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sedang berucap.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa terus meluru ke sisi Hanipa untuk memberikan bantuan.

Dr Wan Azizah memberikan rawatan awal dengan memusingkan badan Hanipa ke kedudukan lebih baik.

Sementara itu, pasukan paramedik terus bergegas memberikan rawatan dan mengangkat beliau ke pengusung sebelum dikejarkan ke Hospital Putrajaya.

Dr Mahathir yang terkejut dengan kejadian itu berhenti berucap buat seketika.

Bagaimanapun, beliau meneruskan ucapan ketika Perhimpunan Bulanan JPM itu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Julai 2018 @ 9:20 AM

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-