Monday, August 20, 2018

Guan Eng: Monopoli punca harga barang tak turun

Kow Gah Chie
Diterbitkan 20 Ogs 2018


Kerajaan menyalahkan monopoli barangan terkawal sebagai antara punca harga barang tidak turun selepas kadar sifar GST pada 1 Jun lalu.

Dalam sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini, Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata kerajaan sedang menjalankan kajian berhubung perkara itu dan harga baru gula akan diumumkan.

"Meskipun enam peratus (cukai GST) sudah dimansuhkan, harga masih tidak turun.
"Salah satu faktor adalah apabila ada monopoli yang mahu membuat keuntungan dan menggunakan monopoli itu untuk mengekalkan harga.

"Ambil contoh gula, harga pasaran dunia ditetapkan pada RM1.40 sekilo tapi harga pasaran tempatan RM2.90 sekilo," katanya.

Tambah Lim, Menteri Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Saifuddin Nasution akan mengumumkan harga baru gula.

Anggota parlimen Bagan itu berkata demikian sebagai mengulas kenyataan senator BN Datuk Khairuddin Samad yang menyorot beberapa harga barang masih tidak turun meski GST berkadar sifar.

[Berita lanjut menyusul]

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-