Hari ini merupakan hari pertama cukai jualan dan perkhidmatan (SST) diperkenalkan semula menggantikan GST yang dibubarkan pada 1 Jun lepas setelah Pakatan Harapan memenangi PRU 14.
TTKM mendapati rata-rata netizen mengecam cukai SST ini kerana ia tidak menurunkan harga barang seperti yang dikatakan oleh Tony Pua, pegawai khas menteri kewangan. Mereka turut berkongsikan bukti resit menunjukkan harga meningkat apabila SST dikenakan.
Selain pra-bayar telco, restoran segera (seperti KFC, McDonald) dan restoran mamak yang menghidangkan roti canai dan teh tarik turut dikenakan cukai tersebut.
Berikut merupakan beberapa resit yang dikongksikan netizen.
GST dikatakan menjadi penyebab harga barang naik yang kemudian digunakan oleh Pakatan Harapan sebagai bahan kempen utama.
Walau bagaimanapun, setelah GST berkadar sifar pada 1 Jun lepas, tiada harga barang turun, sebaliknya hanya harga tomato sahaja yang mengalami penurunan
-TTKM-
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.