Monday, April 15, 2019

Hadi kongsi pertemuan 'mesra' dengan Daim

News | Diterbitkan Hari ini 3:38 petang


Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkongsi pertemuan mesra dengan Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan Daim Zainuddin di laman Facebooknya.

Beliau memuat naik tiga gambar bersama Daim di Wisma Darul Iman, dipercayai ketika program Bicara Darul Iman bertajuk Ekonomi Bumiputera: Agenda Nasional semalam.

Hantaran yang dimuat naik malam semalam itu diiringi kata-kata: "Meraikan Tun Daim Zainuddin yang hadir ke Wisma Darul Iman."

"Banyak kisah dan cerita yang dikongsikan bersama dengan penuh kemesraan. Semoga Tun sentiasa diberikan kesihatan dan dirahmati oleh Allah," kata Hadi.

Daim - orang kanan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad - yang mengetuai rundingan semula projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) baru saja memuktamadkan perkara itu dengan China.

Sebelum ini, Hadi menunjukkan beliau tetap mengekalkah hubungan baik dengan Mahathir dan membuat kunjungan ke Putrajaya pada Jun 2018 dan Januari lalu.

Beliau juga berkata PAS akan menyokong Mahathir apabila parti itu mendakwa ada usaha menjatuhkannya menerusi undi tidak percaya beberapa bulan lalu.

[Baca berita asal]

1 comment:

  1. Nota: Ini dikira jenayah MENCULIK polis2 tersebut sbb. menahan seseorg. tanpa kebenaran sah!!

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-