Klik kelaman FaceBook Wak Labu Farm

Monday, June 24, 2019

Azmin tak perlu undur kerana skandal seks 'palsu' - PM

Kow Gah Chie 
Diterbitkan Hari ini 11:37 tengahari


Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali yang didakwa terlibat dalam skandal video seks terus mendapat sokongan daripada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Mahathir berkata tidak ada keperluan untuk Azmin meletakkan jawatan kerana skandal video seks palsu 'bukan cara Malaysia'.

"Tiada keperluan (untuk dia berundur) semata-mata kerana orang di negara lain melakukannya.

"Saya tahu ada satu negara jika kapal terbang terhempas di lapangan terbang, menteri pengangkutan akan meletakkan jawatan atau melompat keluar dari kereta api," katanya.

"Tetapi, ia bukan cara kita," katanya kepada media selepas menghadiri Persidangan Minyak dan Gas Asia di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau ditanya mengenai tulisan Anggota Majlis Tertinggi Bersatu, Kadir Jasin yang secara tersirat mengatakan menteri yang terbabit dalam skandal seks perlu meletak jawatan.

"Ini (video seks) adalah cubaan yang sengaja untuk menjejaskan masa depan Azmin. Saya tidak fikir dia begitu bodoh untuk berbuat demikian dan terperangkap dalam gambar seperti itu," kata Mahathir yang juga pengerusi Bersatu.

Beliau berkata teknologi boleh digunakan untuk memalsukan gambar sehingga kelihatan seperti tulen.

"Walaupun kita tidak melaksanakan Akta Berita Palsu, tetapi kadang-kadang kita merasa seseorang mesti mengambil tindakan terhadap berita palsu," katanya.

[Berita penuh menyusul]

No comments:

Post a Comment

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-