Buy Muslim Produck First

Buy Muslim Produck First
Barangan Muslim pasti halal

Klik kelaman FaceBook Wak Labu Farm

Friday, September 20, 2019

‘Piagam hanya MOU, terlalu awal untuk kerajaan campuran’

N Faizal Ghazali 
Diterbitkan Hari ini 10:12 pagi


Hubungan kerjasama antara Umno dan PAS yang dimeterai melalui Piagam Muafakat Nasional baru-baru ini umpama kerjasama persefahaman (MOU) yang masih awal dan hanya bersifat kerjasama longgar, kata Naib Presiden PAS Mohd Amar Abdullah.

Justeru katanya, terlalu awal untuk kedua-dua parti itu menubuhkan kerajaan campuran di negeri-negeri yang dikuasai mereka.

"Kita tak sampai pada tahap itu lagi, Muafakat Nasional ini lebih kepada MOU, kita meletakkan satu tanda secara rasmi memandangkan sebelum ini kita jalinkan kerjasama tidak rasmi seperti dalam beberapa pilihan raya kecil.

"Jadi apabila kita tandatangani Piagam Muafakat Nasional ini kita rasmikan kerjasama itu, ia lebih kepada garis panduan macam mana hubungan PAS dan Umno.

“Apa yang boleh dibuat dan tak boleh buat," katanya kepada media selepas menghadiri majlis solat hajat dan ceramah motivasi pelajar Sekolah Menengah Agama Tarbiyah Mardhiah, Panchor di Kota Bharu, semalam.

Terdahulu, selepas memeterai piagam tersebut, Presiden PAS Abdul Hadi Awang memberitahu parti itu mempunyai rancangan untuk memasukkan Umno menjadi sebahagian pentadbiran kerajaan Terengganu dan Kelantan di bawah pemerintahan PAS.

Meskipun merasakan ia masih berada dalam peringkat awal, Abdul Hadi tidak menolak rancangan tersebut kerana menganggap Umno kini sebahagian daripada keluarga PAS.

Sementara itu Mohd Amar yang juga timbalan menteri besar Kelantan menegaskan keperluan untuk kedua-dua parti mewujudkan kerajaan campuran itu perlu dibincangan oleh pimpinan tertinggi di peringkat pusat.

"Saya melihat apa yang dihasratkan (perancangan bawa masuk Umno dalam pentadbiran Kelantan dan Terengganu) lebih kepada rancangan jangka masa panjang untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang, bukan untuk sehari dua ini.

"Kalau betul mahu kerjasama macam masuk BN, ia perlu dibincangkan di peringkat PAS Pusat terlebih dahulu sebelum mendapatkan mandat daripada muktamar pula selepas itu. Kita mempunyai langkah tertentu," jelasnya.

Tambah beliau, Jawatankuasa Khas Merangka Pelan Tindakan dan Strategi yang ditubuhkan kedua-dua parti akan saling berbincang dan memberi cadangan kepada parti masing-masing.

"Sebenarnya, mesyuarat jawatankuasa muafakat ini hanya dilakukan di peringkat pusat antara kedua-dua parti, manakala peringkat negeri pula lebih kepada pelaksana kerana kita tiada kuasa untuk menentu.

"Jadi apa yang diputuskan di peringkat pusat selepas kedua-dua jawatankuasa ini bersidang, mereka akan kemukakan cadangan. PAS dan Umno kemudiaannya akan melihat cadangan itu dan jika setuju barulah diturunkan kepada negeri," kata Mohd Amar.

No comments:

Post a Comment

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-