Klik kelaman FaceBook Wak Labu Farm

Thursday, February 27, 2020

PM ke-8 ditentukan di Dewan Rakyat pada 2 Mac

 
DR. MAHATHIR MOHAMAD 

AHLI Parlimen seramai 222 orang akan mengundi bakal perdana menteri ke-8 pada 2 Mac ini di Dewan Rakyat.

Menurut Perdana Menteri interim, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak ada mana-mana pihak memperoleh sokongan majoriti uantuk menjadi perdana menteri ke-8 pada pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selama dua hari di Istana Negara.

“Yang di-Pertuan Agong seperti anda tahu telah bertemu dan bertanya dengan semua ahli Parlimen selama dua hari. Keputusannya ialah Baginda mendapati tidak ada mana-mana pihak mendapat sokongan majoriti.

“Kerana tidak ada majoriti Baginda bertitah forum terbaik (memilih Perdana Menteri) adalah di Parlimen. Jadi Dewan Rakyat akan dibuka pada 2 Mac ini bagi memilih siapa yang akan mendapat majoriti di Dewan Rakyat untuk menjadi perdana menteri.

“Bagaimanapun jika Dewan Rakyat juga gagal memperoleh majoriti maka kita perlu adakan pilihan raya,” kata Dr. Mahathir dalam sidang media sebentar tadi.

Al-Sultan Abdullah berkenan menerima menghadap dan mendengar sendiri pendirian 222 ahli Dewan Rakyat bagi mencari penyelesaian terbaik dalam menangani kemelut politik yang melanda negara sejak Isnin lalu.

Sesi menghadap dan temu bual bersama wakil rakyat secara individu di Istana Negara disaksikan Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali.

-SM

No comments:

Post a Comment

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-