Wednesday, April 8, 2020

2 korban baru Covid-19 ketika kes jangkitan lepasi 4,000

FMT Reporters
-April 8, 2020 5:06 PM


PUTRAJAYA: 2 korban baru jangkitan Covid-19 dilaporkan hari ini, ketika angka jangkitan sehingga kini melepasi 4,000 kes

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan sebanyak 156 kes jangkitan baru dilaporkan hari ini, berbanding 170 semalam, menjadikan jumlah mangsa 4,119 orang sehingga kini.

Dua kematian hari ini menjadikan keseluruhan mangsa yang terkorban akibat wabak berkenaan seramai 65 orang.

Dalam masa yang sama, jumlah pesakit di unit rawatan rapi (ICU) menunjukkan penurunan yang agak tinggi, dari 92 semalam kepada 76 hari ini, dalam tempoh 24 jam.

“Daripada jumlah itu 45 kes memerlukan bantuan pernafasan,” kata Hisham pada sidang media hari ini.

Perkembangan ini ketika 166 kes sembuh dilaporkan hari ini, menjadikan bilangan pesakit yang sembuh 1,487 orang sehingga kini.

Angka mangsa yang pulih juga lebih tinggi berbanding jangkitan baru.

Sehingga kini sebanyak 2,567 yang masih dirawat berbanding jumlah semalam, 2,579.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-