Friday, August 7, 2020

Terowong: Guan Eng mengaku tak bersalah minta upah 10% bantu syarikat dilantik

 Ho Kit Yen dan V Anbalagan

-August 7, 2020 9:15 AM
Bekas ketua menteri Pulau Pinang tiba di kompleks mahkamah Kuala Lumpur pagi tadi.

KUALA LUMPUR: Bekas ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengaku tak bersalah terhadap tuduhan rasuah berkaitan projek terowong dasar laut.

Menurut kertas pertuduhan, Lim dituduh, semasa menjawat jawatan ketua menteri, secara rasuah meminta bagi diri sendiri balasan berupa 10% daripada keuntungan yang akan diperolehi kelak daripada Pengarah Consortium Zenith Construction Sdn Bhd, Zarul Ahmad Mohd Zulkifli, sebagai upah membantu syarikat itu dilantik untuk melaksanakan projek pembinaan terowong dasar laut dan jalan.

Lim, yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia semalam, tiba di Mahkamah Sesyen selepas 9 pagi tadi.

Beberapa pemimpin kanan DAP seperti Lim Kit Siang, Tan Kok Wai, dan P Ramasamy tampil di kompleks mahkamah Kuala Lumpur bagi menunjukkan sokongan.

Mahkamah benarkan Lim diikat jamin RM1 juta, iaitu RM500,000 dibayar hari ini manakala baki dibayar pada Isnin.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-