Saturday, October 24, 2020

MCA-DAP sama sahaja, tamak kuasa, ‘diberi betis hendak paha’

 Siti Hafidah

ismaweb.net

Apakah sebelum ini kaum Cina ditindas oleh kerajaan?



BANGI, 6 Rabiulawal 1442H, Jumaat – Parti perkauman MCA sepatutnya ‘cermin diri’ sebelum membuat apa-apa tuntutan bagi mendapatkan sebarang kedudukan mahupun kuasa.

MCA yang kalah teruk dan gagal mendapatkan sokongan kaum Cina pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu – kini dilihat seperti ‘diberi betis hendak paha’ pula.

Parti itu sebenarnya langsung tiada hak untuk menuntut serta mendesak apapun secara keterlaluan bagi mendapatkan kedudukan.

Ketua Media Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT), Haji Rashidi Haris berkata, MCA perlu mengambil tanggungjawab atas kegagalan mereka itu, bukannya terus-menerus menuntut seolah-olah mereka menang banyak.

“Parti itu harus lebih memfokuskan kepada pemulihan kepercayaan masyarakat Cina supaya tertambat dan kembali memberi kepercayaan itu kepada MCA bukannya dengan terlalu mendesak rakan dalam kompenen Barisan Nasional (BN) dengan tuntutan yang melampaui batas. Di mana semangat setia kawan MCA?

“MCA guna alasan pula dengan kedudukan di pihak berkuasa tempatan (PBT) nanti mereka akan dapat membuatkan jentera parti itu bergerak cergas membantu kaum Cina, sekali gus dalam mengembalikan kepercayaan mereka.

“Persoalannya apakah sebelum ini kaum Cina ditindas oleh kerajaan sehingga mereka perlu dibantu? Atau adakah kerajaan sekarang telah abaikan kebajikan kaum Cina?,” soalnya dalam kenyataan hari ini.

Membidas lagi, Haji Rashidi berkata, MCA boleh sahaja bekerjasama dengan rakan-rakan Melayu yang lain untuk bantu masyarakat Cina, bahkan katanya, selama ini pun kebajikan masyarakat Cina tidak pernah dipinggirkan dan diketepikan.

Justeru, tidak timbul isu dengan kedudukan tersebut MCA boleh membantu kaum Cina dengan lebih proaktif, katanya.

“Terang lagi bersuluh, hari ini telah terbukti bukan sahaja DAP tamak kuasa, MCA juga ‘dua kali lima’; ‘sudah diberi betis mahu peha pula’ inilah perumpamaan buat mereka, sedangkan kerusi hanya dua,” sindirnya.

Dalam perkembangan sama, beliau menggesa UMNO lebih tegas dan berani menyatakan prinsip terhadap rakan-rakan dari parti komponen yang lain.

“UMNO perlu kenal yang kawan boleh bersama susah dan senang serta mana kawan yang hanya boleh menumpang senang. Inilah masanya untuk MCA membuktikan kesetiaan mereka kepada Barisan Nasional (BN),” katanya.

Terdahulu dilaporkan, MCA mahu kerajaan negeri Johor mempertimbangkan semula jumlah wakil partinya yang dilantik sebagai Ahli Majlis di 16 pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri itu.

Setiausaha MCA Johor, Datuk Ng Keng Heng berkata, jumlah calon parti yang diserahkan kepada kerajaan negeri sebelum ini tidak dizahirkan dalam proses pelantikan fasa kedua baru-baru ini, di mana hanya 16 dari parti itu dilantik.

Beliau mengatakan bahawa 16 Ahli Majlis dari MCA – masing-masing untuk majlis tempatan – tidak hadir pada majlis angkat sumpah pada hari Ahad lalu kerana mengikut arahan kepimpinan parti.

“Ini tidak bermaksud bahawa Ahli Majlis tidak menerima pelantikan tersebut. Ini hanya untuk memberi jalan perbincangan antara kepemimpinan negeri yang diketuai oleh Presiden parti dan Ketua MCA Johor, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dengan pemerintah negeri.

“Kami berharap perkara itu dapat ditangani segera sehingga lebih banyak perwakilan MCA ada dalam dewan tempatan untuk membantu masyarakat Cina di daerah masing-masing, terutama memandangkan banyak cabaran yang ditimbulkan oleh pandemik COVID-19,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

1 comment:

  1. Baru tau..Belum tengok lagi Kat sekolah.semua subject di ajar dalam bahasa cina..itu pun melayu tak sedar diri.bila ada kuasa dok giler dengan kekayaan.bolot selagi boleh bolot.mereka tak.sapu untuk kepentingan bangsa nya.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-