Thursday, November 26, 2020

Kelulusan Belanjawan 2021 Satu Intervensi Yang Sangat Dinantikan – Mohamad

Berita Utama
umno-online.my
26 November 2020

KUALA LUMPUR, 26 Nov – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan bersyukur Belanjawan 2021 telah melepasi halangan terbesar dan diluluskan demi keutamaan negara dan rakyat.

Menurut Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu, kemaslahatan rakyat sangat mendesak dan berharap Belanjawan yang diluluskan itu merupakan intervensi yang sangat dinanti-nantikan.
“Ini adalah petanda jelas bahawa dalam keadaan sukar sebegini, kepentingan paling tinggi ialah menggandakan kebajikan, menyelamat perniagaan dan membangun daya tahan ekonomi.

“Kerajaan PN (Perikatan Nasional) harus segera merancang agar Belanjawan 2021 dapat segera dilaksanakan tanpa ketirisan, karenah birokrasi dan keutamaan yang tersasar,” ujar Mohamad dalam satu kenyataan hari ini.

Ulas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau itu lagi, ahli Parlimen perlu terus berperanan melakukan semak dan imbang bagi memastikan Belanjawan yang diluluskan di aksana dengan sesegera mungkin dengan efisyen.

Sebentar tadi, Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) yang dibentang oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz diluluskan di peringkat dasar pada persidangan Dewan Rakyat.

RUU itu diluluskan dengan suara majoriti selepas permohonan beberapa ahli Parlimen pembangkang untuk undi belah bahagian tidak berjaya apabila hanya 13 orang yang bangun, kurang daripada jumlah diperlukan iaitu 15 orang. 

UMNO ONLINE

2 comments:

  1. Mamat ni DALANG DUA NUKA-si PENJILAT Diktator mahathir PARIAH kerala! Jadi tak hairanlah dia TAK peduli lansung psl. HAK Uslam/Umatnya & bangsa BUMIPUTERA yg. diPERMAIN2kan dlm. BELANJAWAN 2021 ni!

    Bukan kita RAKYAT Bumiputera-PENYOKONG PN nak BELANJAWAN ni diGAGALkan - tapi MENTERI KEWANGAN liberal ni, cepat buat PINDAAN pd. KETIDAKADILAN terhdp. ISLAM/UMATnya & bangsa BUMIPUTERA kita ni!!

    Lihat di - https://malaysiagazette.com/2020/11/26/wira-putra-tidak-puas-hati-peruntukan-sjkc-naik-sekolah-agama-dikurangkan/

    NOTA: Tapi, AWAS, putra ni pun DALANG DUA MUKA-si PENJILAT DIKTATOR mahathir PARIAH kerala tu!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Patutlah juga si EJEN2 DALANG DUA MUKA rejim PH Parasit dlm. PN - asyik MENYERANG YAM DS Najib yg. mahukan PINDAAN2 bernas dlm. BELANJAWAN 2021 utk. RAKYAT MISKIN!!

      Lihat di - https://www.facebook.com/157851205951/posts/page-otai-ini-dulu-dipanggil-otai-bersih-dan-sebelum-itu-dipanggil-otai-reformas/10157514907520952/

      Delete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-