Tuesday, December 1, 2020

Tiada parti boleh menang PRU15 bersendirian

Umno, PAS dan BERSATU mesti elak Melayu-Muslim berpecah, sebaliknya paut mereka yang dalam Pakatan Harapan jauh dari DAP
November 30, 2020

UNTUK makluman. Setakat ini dari sudut pilihan raya tiada siapa yang kuat jika bersendiri sama ada Umno, PAS atau BERSATU. Kecuali jika ambil langkah bacul bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).

 Cukup la Melayu-Muslim ini berpecah. Perikatan Nasional (PN) dan Muafakat Nasional (MN) kena bertahan sambil-sambil paut Melayu-Muslim dalam PH agar tinggalkan pakatan DAP itu. 

Saya yakin Melayu-Muslim yang ada dalam PH akan beransur-ansur meninggalkan pakatan kerana sejahat mana pun mereka pastinya masih ada sekelumit iman dalam hati mereka.

Suatu hari Abu Salamah bertanya kepada Ummu Salamah, “Apakah engkau merasakan Umar al-Khattab akan memeluk Islam?”. “Ya… Aku yakin satu hari Umar akan memeluk Islam”. Jawab Ummu Salamah. Lalu disanggah oleh Abu Salamah, “Aku percaya Umar tidak akan memeluk Islam sebelum keldai si Umar itu memeluk Islam terlebih dahulu”. Tapi ternyata tidak berapa lama selepas itu Umar memeluk Islam. Kita doakan benih cintakan agama dan bangsa itu masih hidup dalam huma hati mereka.

Saya selalu impikan penyatuan seluruh ummat Muslim di negara ini. Impian pertama sudah tercapai melalui PN dan MN. Sebenarnya tidak sukar untuk mencapai harapan dan cita-cita itu, asalkan kita betul-betul meletakkan kepentingan agama, negara dan bangsa sebagai keutamaan. Abaikan sebarang seruan ke arah perpecahan bangsa ini walau datang dari suara dalaman parti masing-masing.

Umno, PAS dan BERSATU, masing-masing sudah punya pengalaman yang cukup lama dalam politik watan ini. Setiap parti sudah merasai bahananya perselisihan dan politik berkepentingan. Jangan terlalu banyak berpencak silat sebelum waktu pertarungan dengan musuh. Dibimbangi bila tiba waktu pertandingan kita sudah penat dan keletihan. Perlu diingat juga bahawa PH akan berusaha gila-gila untuk pecahkan permuafakatan ini. Lalu berhati-hatilah.

USTAZ MOKHTAR SENIK
Ahli Jawatankuasa Kerja
PAS Pusat 

   30/11/2020

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-