Tuesday, August 3, 2021

Tak perlu ikut rentak Zahid dengan meletak jawatan, kata Shahidan

agendadaily.com
3/8/2021


Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi diberikan peringatan berhubung pendirian 'No Anwar, No DAP'.

Menteri dan Timbalan Menteri UMNO tidak perlu mengikut rentak yang dibawa Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mengumumkan keputusan Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) untuk menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PNBBC), Datuk Seri Shahidan Kassim berkata tidak ada keperluan untuk Menteri dan Timbalan Menteri meletak jawatan kerana langkah tersebut hanya akan membawa implikasi tidak baik kepada kestabilan politik negara.

“Dan kami maklumkan, kesemua Menteri dan Timbalan UMNO tidak perlu meletak jawatan dan mengikut rentak yang dibawa Presiden UMNO, ” katanya lapor Utusan Malaysia.

Shahidan juga menegaskan Perikatan Nasional masih kerajaan yang stabil dan disokong majoriti Ahli-Ahli Parlimen (MP), disamping mencabar pihak yang mendakwa memiliki majoriti untuk membuktikan.

“Siapa yang cabar kami, buktikan ada jumlah yang cukup untuk memerintah. Saya masih Pengerusi PNBBC menyatakan bahawa majoriti PNBBC menyokong kerajaan hari ini,” katanya lagi.

Semasa sidang media petang tadi, Zahid berkata UMNO menarik balik sokongan terhadap kerajaan PN dan Perdana Menteri.

Terdahulu, MP Lenggong, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah menjadi Menteri UMNO pertama meletak jawatan hari ini sebagai Menteri Tenaga Dan Sumber Asli selepas berakhir Mesyuarat MT petang tadi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-