Thursday, October 28, 2021

BN anjur perhimpunan lancar jentera PRN Melaka, netizen berang

gemilangdaily.com
27/10/2021 9:30 PM
Barisan Nasional (BN) hari ini telah menganjurkan satu perhimpunan besar-besaran untuk pelancaran jentera Pilihan raya negeri Melaka. Tindakan ini telah mengundang kecaman dan kritikan rakyat di laman sosial UMNO Online.

Pada 24 November lepas, Menteri Kesihatan yang merupakan ahli parlimen dari UMNO Barisan Nasional telah melarang perhimpunan berkaitan pilihan raya negeri Melaka mulai 25 Okt.

Dan hari ini kita semua dapat lihat tindakan yang dilakukan tidak dizahirkan dengan kata-kata atau dengan bahasa kasarnya hanya ‘sembang kari’ semata-mata apabila partinya sendiri telah melancarkan jentera parti pada malam ini tanpa menghiraukan arahan yang telah dikeluarkan.

Memetik kritikan netizen, Mohd Syukor Isnin :
“Bila dah berkuasa lupa sekejap…masa X der kuasa semua zuhud jerr…Ada kuasa langgar Pon sapa.nak tangkap …betul X …dunia undang 2 hanya utk yg X berkuasa Dan Rakyat marhen sahaja”



Turut tidak berpuas hati dengan tindakan parti yang dikatakan ‘keramat’ lah sangat, seorang pengguna laman sosial Liza Abdul komen “Aik kata x boleh berhimpun ramai2? Apa umno semua kebal dr undang2 ke? Double standard hanya utk Umno sje ke?”.


Terdapat juga netizen yang merupakan penjilat tegar UMNO komen dari Nor Azuan Ali “Rapatkan saf perjuangan umno kita anak cucu kita….”katanya.



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-