Orang melayu harus sedar selama ini kuasa memerintah masih lagi ditangan melayu, tetapi ianya sudah nampak semakin terhakis dari hari ke sehari. Perkara ini berlaku kerana adanya rebutan untuk berkuasa diantara UMNO dan PAS.Oleh kerana mahu berkuasa, PAS sanggup bertindak membakar kelambu. Kelambu yang penuh dengan nyamuk UMNO. Tindakan ini akhirnya akan meruntuhkan kuasa memerintah orang melayu itu sendiri.
Dalam UMNO memang banyak nyamuk2 yang bermaharajalela menghisab darah rakyat dan kebal hingga tiada racun serangga yang boleh memusnahkan nya. Cuma dengan satu cara sahaja, bakar kelambu itu.
Jika kelambu sudah dibakar, nyamuk2 sudah binasa, tetapi nyamuk lain pula akan datang pula. -Nyamuk kuning dan nyamuk hitam. Dua jenis nyamuk ini lebih merbahaya dari nyamuk UMNO.
PAS sepatutnya berusaha menyatupadukan orang melayu, bukan memecahbelahkan orang melayu.
Kekuatan sesuatu bangsa itu tidak bergantung kepada ramai bilangan nya, tetapi kepada sikap bersatupatunya.
Orang arab yang begitu ramai tidak boleh melawan Yahudi yang sedikit, Ini kerana bangsa arab sentiasa berpecah-belah dan tidak bersatu seperti bangsa Yahudi.
Malangnya orang melayu telah mengikut cara arab - berpecah-belah.
Cina dan india sudah bersatu-padu dalam DAP. DAP mendapat sokongan dari PAS dan PKR pula. Cuba fikirkan siapa yang lebih bijak berpolitik - melayu atau Cina dan india?
Jika perkara ini berterusan, pada PRU13 nanti kuasa politik melayu akan terbahagi 3 - UMNO, PAS dan PKR. Sedangkan penduduk melayu kurang dari 60%. Akhirnya melayu akan kehilangan kuasa politik seperti melayu Singapura.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.