Showing posts with label kuasa. Show all posts
Showing posts with label kuasa. Show all posts

Thursday, April 4, 2024

Anwar: Kuasa adalah amanah bukan keistimewaan

malaysiakini.com
Diterbitkan: Apr 4, 2024 10:19 AM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan kuasa adalah amanah dan bukan keistimewaan, yang perlu dipikul sebaiknya untuk rakyat.

Anwar yang juga Presiden PKR berkata parti itu berpasak atas semangat islah yang kuat, iaitu usaha untuk mengembalikan sesuatu keadaan kepada keadaan yang betul, tepat dan sesuai.

"Justeru, hak dan kebajikan rakyat mesti yang terutama dalam membentuk kebijakan.

"Tugas dan tanggungjawab yang digalas hari ini adalah amanah yang mesti kita pikul sebaiknya dengan matlamat membawa perubahan yang bermakna," katanya menerusi hantaran di akaun Facebook PKR hari ini.
Anwar seterusnya mengucapkan selamat ulang tahun ke-25 kepada semua anggota dan pimpinan parti.

- Bernama

Thursday, November 29, 2018

RAKYAT BERHAK BERSUARA, TAPI KAMI BERKUASA – TUN M

By watan
on November 28, 2018


Sebelum mendapat kuasa pada PRU14, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan rakyat sebagai kuasa penentu kepada sesebuah kerajaan.

Namun, selepas menang PRU14 Perdana Menteri itu berkata, rakyat berhak bersuara, namun kuasa penentu ada pada mereka.

Kenyatan Mahathir itu merujuk kepada petisyen bagi mendesakkan kerajaan menggugurkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Wathya Moorthy.

Katanya, mana-mana pihak boleh menuntut untuk melucutkan jawatan sebarang menteri kabinet kerajaan Pakatan Harapan (PH), tetapi hanya beliau selaku perdana menteri yang berhak untuk menentukannya.

“Itu hak mereka, hak kita (pula) menentukan,” katanya dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur, pada Rabu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas desakan demi desakan pelbagai pihak yang menuntut supaya Waytha Moorthy dipecat.

Gerakan Pengundi Sedar (GPS) baru-baru ini melancarkan petisyen tandatangan di atas talian Change.org yang mahu Waytha Moorthy dipecat atas beberapa faktor, antaranya kerana didakwa memburukkan imej Malaysia pada peringkat antarabangsa.

Ini berdasarkan susulan rakaman video dan kenyataannya sebagai pengerusi Hindraf lebih sedekad lalu yang mendakwa Malaysia melakukan diskriminasi terhadap etnik minoriti, terutamanya kaum India.

Wartawan Watan-Online

Thursday, October 29, 2009

Buruk Baik Kerajaan Perpaduan - UG ~~~~~~~~~~


Kerajaan Perpaduan adalah satu jalan penyelesaian kepada perbalahan politik melayu/Islam antara PAS dan UMNO. Melayu/Islam memang bersatu, tidak pernah ada persengketaan seja dari zaman dahulu.

Malangnya, apa yang kita sedang saksikan pada hari ini ialah perbalahan politik diantara PAS dan UMNO. Perbalahan politik ini sangat merugikan kaum melayu/Islam itu sendiri. Jika perbalahan politik ini terus berlaku tanpa kesudahan, akhirnya melayu/Islam akan kehilangan kuasa politik nya.

Sebenarnya lebih ramai pemimpin2 dan penyokong PAS sudah mengerti akan hal ini. Mereka juga tahu bahawa kuasa politik melayu/Islam sedang diancam oleh kaum kafir. Tetapi oleh kerana disebabkan segelintir pemimpin PAS yang angkuh, dan bodoh sombong, maka ianya menjadi suka untuk di ujudkan kerajaan perpaduan yang sangat penting ini.

Dua kumpulan petualang besar yang sangat anti-kerajaan perpaduan ialah PKR dan segelintir pemimpin PAS. Mereka sangat mementingkan dirisendiri tanpa mengira apa jua keburukan yang akan menimpa agama, bangsa dan negara. Mereka tidak perduli jika kaum melayu/Islam hilang kuasa politik dan hidup merempat asalkan mereka puas hati.

PKR akan hancur dengan sendirinya jika tertubuh kerajaan perpaduan. Itulah sebabnya pemimpin dan penyokong PKR terlalu fobia tentang kerajaan Perpaduan. Sebaliknya PAS tidak akan rugi apa2 jika menyokong kerajaan perpaduan.

Berkemungkinan besar PAS akan mendapat sokongan yang lebih besar dari kaum melayu/Islam jika berada dalam kerajaan perpaduan. Sebenarnya hari ini kaum melayu/Islam sudah banyak yang hilang kepercayaan nya terhadap PAS kerana bersengkokol dengan DAP.

Kaum melayu/Islam mesti menyokong kerajaan perpaduan untuk mempertahan kan kuasa politik nya.

Tuesday, September 1, 2009

Gajah sama Gajah Bertarung, Pelanduk Mati Terpijak. ~~~~~~~~~~~~~~~

Kaum melayu harus segera sedar sebelum terlambat. Agenda kaum kafir untuk memecah belahkan perpaduan kaum melayu/Islam sudah hampir atau pun boleh dikatakan sudah berjaya.

Perpecahan ini di maksudkan kepada 'kuasa politik'. Kuasa politik kaum melayu/Islam sudah berpecah. Sedangkan kuasa politik sangat penting untuk menentukan siapa yang berhak untuk memerintah negara.

Jika kuasa politik melayu/Islam lemah dan hancur maka melayu/Islam akan hilang kuasa dalam memerintah negara. Ini telah terbukti di Singapura, di mana kaum melayu/Islam sudah kehilangan kuasa politik dan seterusnya kuasa memerintah secara total.

Hari ini, kelemahan kuasa politik melayu/Islam sedang berada ditahap sangat lemah. Dengan jelas kita sudah dapat rasakan kaum bukan melayu sedang mula menekan kita.

Kaum melayu/Islam yang tidak sedar atau senghaja tidak mahu sedar inilah pengkhianat agama, bangsa dan negara yang sebenar nya.
Gulungan manusia jenis ini terdiri dari pemimpin2 parti pembangkang melayu/Islam sahaja.

Mereka sanggup berbuat demikian kerana ingin menunaikan perasaan dendam dan hasrat dengkinya terhadap kerajaan yang telah berjaya memerintah negara dengan aman dan makmur.

Selamatkan dan perkukuhkan kuasa politik melayu/Islam demi ke agungan agama dan bangsa melayu kita.

Friday, August 28, 2009

Selesai krisis segera sebelum rakyat tolak MCA, BN: Najib

"KULA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak hari ini menasihati MCA menyelesaikan kemelut politik mereka dengan segera sebelum rakyat mengambil tindakan menolak parti itu dan juga Barisan Nasional.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN berkata, krisis MCA itu amat membimbangkan berikutan keputusan Majlis Presiden parti itu kelmarin memecat Timbalan Presidennya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek kerana mencemarkan imej MCA berikutan DVD skandal seksnya."

Sebenarnya UMNO tidak perlu bimbang krisis yang sedang berlaku dalam MCA. Sokongan kaum cina terhadap MCA sudah lupus semasa PRU12 yang lepas. Pada PRU12 kaum cina sudah beraleh arah menyokong DAP.

P. Pinang jatuh ketangan DAP, semua calun MCA dan Gerakan kalah teruk kerana kaum cina tidak lagi menyokong nya.

Di negeri Perak dan Selangor pun begitu juga, semua calun MCA dan Gerakan kalah teruk kerana tiada sokongan dari kaum cina.

Boleh dikatakan MCA dan Gerakan sudah ditolak secara total oleh kaum cina.

Perkara yang sama juga berlaku terhadap MIC, hampir semua kaum india telah menolak MIC. Hampir semua calun MIC tewas pada PRU12 yang lepas.

Pada hakikatnya kuasa politik tanah air sudah terbelah dua - Jumlah undi yang di raih oleh kerajaan yang memerintah dan pembangkan hampir sama jumlah nya, hampir 50/50. 50 bagi campuran DAP,PKR dan PAS. 50 lagi bagi UMNO dan kaum etnik dari Sabah dan Sarawak. Jika undi dari Sabah dan Sarawak beraleh - BN pasti tumbang pada PRU12 yang lepas.

Kaum melayu/Islam harus sedar akan perkara ini, jika melayu memilih campuran DAP, PKR dan PAS, melayu/Islam akan kehilangan kuasa politik nya.


Wednesday, August 12, 2009

Ekonomi Islam di bantutkan oleh kafir dan ianya akan terus di bantutkan sehingga Islam benar2 terbantut.

Gambar hiasan

Selama ini ekonomi Islam telah dibantutkan oleh kaum kafir. Ianya bukan sahaja berlaku di negara2 Islam di Timur Tengah, tetapi ianya sedang rancak berlaku di Malaysia.

Oleh kerana dari mula asalnya lagi kaum kafir di Malaysia sudah menguasai ekonomi melayu/Islam, maka dengan mudah mereka akan terus menekan ekonomi melayu/Islam. Hingga kini kerajaan telah gagal mengatasi nya walaupun berbagai agenda dan program terlah dibuat.

Mereka tahu bahawa dengan menguasai ekonomi, makan dengan mudah pula mereka akan dapat menguasai politik pula.

Sekarang Malaysia sedang berada diambang peralehan kuasa politik dari kuasa tulin kaum melayu/Islam kepada kuasa campuran yang kunun nya lebih adil dan telus.

Jika dihalusi dan di kaji secara mendalam, ianya sangat merugikan kaum melayu/Islam. Dalam ertikata, kuasa politik melayu/Islam sudah menjadi lemah. Dan akhirnya kuasa politik melayu/Islam yang lemah ini akan musnah dengan sendiri nya.

Melayu/Islam harus mempertahankan kuasa politiknya yang tulin supaya kuasa memerintah yang tulin dapat dikekalkan oleh kaum melayu/Islam 100%.

Perpecahan politik melayu menyemarak kan kuasa politik kaum bukan melayu.

Teraju pemerintahan Perak atas nama PAS

Anak2 muda hari ini terlalu giarah berpolitik. Malang nya mereka sangat kurang atau terlalu cetek tentang 'kuasa politik'.

Kuasa politik Tanah Melayu harus di terajui oleh Melayu/Islam. Ertinya ketua pentadbiran Melayu/Islam dan EXCO nya mestilah lebih 51% Melayu/Islam. Jika perkara ini TIDAK berlaku ini bermakna 'kuasa politik Melayu/Islam' tidak ujud.

Perkara ini sudah berlaku di negeri Perak. Walaupun PAS cuma ada 6 kerusi DUN, wakil PAS menjadi Menteri Besar Perak. Tetapi jika di lihat pada barisan EXCO nya, PAS cuma ada seorang ahli sahaja. Sedangkan DAP/PKR ada 9 ahli EXCO nya.

Jika di pecahkan kepada kaum, Melayu/Islam cuma ada 3 ahli EXCO berbanding DAP/PKR 7(bukan melayu/Islam). Inilah yang di namakan Melayu/Islam sudah kehilangan 'kuasa politik' nya.

Negara akan di timpa bencana jika perkara yang sama berlaku di tahap pemerintahan Pusat. Walaupun PM nya Melayu/Islam tetapi jawatan menteri2 yang penting seperti pertahanan di terajui oleh kaum bukan melayu/Islam bagaimana kedudukan melayu/Islam.

Tidak mustahil perkara ini akan berlaku jika PR berkuasa memerintah negara.

Tuesday, July 21, 2009

Marahkan nyamuk jangan kelambu pula yang di bakar.

Orang melayu harus sedar selama ini kuasa memerintah masih lagi ditangan melayu, tetapi ianya sudah nampak semakin terhakis dari hari ke sehari. Perkara ini berlaku kerana adanya rebutan untuk berkuasa diantara UMNO dan PAS.

Oleh kerana mahu berkuasa, PAS sanggup bertindak membakar kelambu. Kelambu yang penuh dengan nyamuk UMNO. Tindakan ini akhirnya akan meruntuhkan kuasa memerintah orang melayu itu sendiri.

Dalam UMNO memang banyak nyamuk2 yang bermaharajalela menghisab darah rakyat dan kebal hingga tiada racun serangga yang boleh memusnahkan nya. Cuma dengan satu cara sahaja, bakar kelambu itu.

Jika kelambu sudah dibakar, nyamuk2 sudah binasa, tetapi nyamuk lain pula akan datang pula. -Nyamuk kuning dan nyamuk hitam. Dua jenis nyamuk ini lebih merbahaya dari nyamuk UMNO.

PAS sepatutnya berusaha menyatupadukan orang melayu, bukan memecahbelahkan orang melayu.

Kekuatan sesuatu bangsa itu tidak bergantung kepada ramai bilangan nya, tetapi kepada sikap bersatupatunya.

Orang arab yang begitu ramai tidak boleh melawan Yahudi yang sedikit, Ini kerana bangsa arab sentiasa berpecah-belah dan tidak bersatu seperti bangsa Yahudi.

Malangnya orang melayu telah mengikut cara arab - berpecah-belah.
Cina dan india sudah bersatu-padu dalam DAP. DAP mendapat sokongan dari PAS dan PKR pula. Cuba fikirkan siapa yang lebih bijak berpolitik - melayu atau Cina dan india?

Jika perkara ini berterusan, pada PRU13 nanti kuasa politik melayu akan terbahagi 3 - UMNO, PAS dan PKR. Sedangkan penduduk melayu kurang dari 60%. Akhirnya melayu akan kehilangan kuasa politik seperti melayu Singapura.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-