Tuesday, March 2, 2010

PAS salah langkah menyokong PKR

Sepatutnya PAS berfikir lebih panjang sebelum membuat keputusan untuk menyokong PKR. PAS kena ingat siapa dan berasal dari mana semua pemimpin2 PKR itu. PAS juga kena kaji mengapa mereka ini tinggalkan UMNO dan tubuhkan PKR.

Pemimpin2 PKR yang semuanya berasal dari UMNO ini tidak akan mudah meninggalkan sifat dan perangai UMNO nya. Kalau anjing yang suka makan tahi .............. Sekarang pemimpin2 PKR ini sudah mula menunjuk kan sifat2 dan perangai UMNO nya. Pantang terdengar "WANG"!

Memang terlalu mudah untuk menarik keluar ex-UMNO yang jadi PKR ini untuk keluar dari PKR. Umpan nya hanya wang! wang! wang! Akhirnya semua pemimpin PKR ini akan tinggalkan PKR. Tidak lama lagi PKR pasti akan bubar seperti mana bubar nya parti Semangat 46 yang di pimpin oleh Ku Li satu ketika dahulu.

Kemana arah tuju PAS selepas ini, adakah akan terus kekal bersama DAP untuk memperjuangkan negara Islam nya? Atau PAS akan kembali bersendirian dalam memperjuangkan negara Islam nya.

Masih belum terlambat, sesat dihujung jalan kembali kepangkal jalan. Pintu UMNO masih lagi terbuka luas untuk menerima PAS berjuang bersama UMNO.

Se busuk2 UMNO di kaca-mata PAS, tidak ada anak2 cucu kita yang hidup miskin melarat mati kebuluran. Bahkan ber juta2 rakyat asing yang datang ke negara yang di pimpin oleh UMNO ini untuk cari makan.

2 comments:

  1. PAS tak nak masuk umno pun tak apa tapi jangan lah kutuk orang melayu umno kafir....dan juga diharap kpd ulamak2 PAS jgnlah selalu mengeluarkan fatwa yg boleh mengelirukan dan juga fahaman2 yg boleh memesongkan akidah umat islam....perjuangkanlah agama islam pada landasan yg betul,jgnlah PAS menjadikan islam sebagai barang lelongan yg sangat rendah nilainya.....untuk memertabadkan negara islam serta melaksanakan negara maju sewajarnya "Agama dijunjung Bangsa dikendong"......

    ReplyDelete
  2. "Se busuk2 UMNO di kaca-mata PAS, tidak ada anak2 cucu kita yang hidup miskin melarat mati kebuluran." AKU SETUJU SGT DGN NI..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-