Thursday, February 11, 2010

Jangan Pandang Remeh Kekuatan Pakatan Rakyat~~~~~~~

Walaupun pada zahirnya kita nampak Pakatan Rakyat sudah tidak sehaluan dan mula menampak kan keretakan. Tetapi kita tidak dapat menyelami tentang isi hati penyokong2 parti dalam gabungan Pakatan Rakyat itu. Terutamanya ketika mereka menghadapi Pilihan Raya - mereka pasti akan bersatu semula.

Jika di tafsir dari kehadiran penyokong2 PR setiap kali diadakan ceramah2 ianya sedikit pun tidak menampak kan berlaku nya kekecuhan dalam pakatan parti itu. Baru2 ini Wak menghadiri satu cerama PR di Kg Bahagia, Teluk Intan. Walaupun penceramah2 nya cuma dari pemimpin bawahan sahaja, ianya tetap mendapat sambutan hangat.

Strategi Pakatan Rakyat dalam mendekati rakyat tidak boleh dapat ditandingi oleh Barisan Nasional. Sepengetahuan Wak, BN tidak pernah mengadakan ceramah untuk mendekati rakyat. BN cuma menyampai kan message2 nya melalui media2 TV dan akhbar2 sahaja. Cara BN ini dengan mudah dapat ditangkis oleh PR melalui ceramah2 nya.

Hasil kesan dari cerama2 PR ini telah membuat rakyat menganggap cerita2/berita2 dari media2 kerajaan ini sebagai dongengngan sahaja.

Ceramah2 PR ini juga telah mesensasi kan perkara seperti kehilangan enjin jet, isu Allah, rasuah dan penyelewengan yang berlaku dalam pemerintah. Cara penyampaian nya melaluai ceramah2 ini sangat berkesan.

Perkara kedua dan terpenting untuk kita sedari ialah tentang sokongan kaum bukan melayu terhadap BN. Sebenarnya BN hampir tumbang pada PRU12 kerana hilang sokongan dari kaum bukan melayu. Hampir semua kawasan yang mempunyai majoriti bukan melayu jatuh ketangan pembangkang.

Walaupun pada zahirnya kita sudah nampak ada sedikit perubahan sokongan terhadap BN, ianya tidak boleh terlalu diyakinkan. Sebenar nya kita sukar untuk membaca trend dari sokongan bukan melayu ini terhadap BN, ianya ibarat cuaca - mudah ber ubah2.

Paling malang bagi BN hingga kini parti2 komponen seperti MCA, MIC dan Gerakan masih lagi belum stabil. Kita juga tidak boleh kata kan UMNO sudah pulih dan stabil.

PRU13 semakin hampir, Kita tidak boleh anggap bahawa kini BN berada dalam kedudukan selesa dan dengan mudah boleh menunduk kan lawan nya.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-