- Apa nak buat, Kalau dah Projek NFC tu anugerah Pak Lah kepada Ketua Wanita UMNO atas cadangan KJ hero tingkat 4 masa tu. Dah tu Muhyiddin pulak yang tukang luluskan projek atas kapasiti Menteri Pertanian ketika tu, dan Najib sebagai Menteri Kewangan yang beri kelulusan pelepasan dana RM250juta. Dan nak lagi sedap, Sharizat rapat kamcing pulak dengan Rosmah. Hemmm... memang tak kemana la skandal ni. Pusing-pusing kat situ aje la.Kalu suruh polis siasat pun buang masa saja. Ini bukan kes jenayah komersial atau CBT. Ini jenayah politik, kronisma. Selagi tiada tindakan yang sepatutnya dilakukan, selagi itulah beban akan tetap terpikul diatas bahu orang UMNO. Najib suruh orang UMNO setia pada parti, memang tak ada masalah bagi orang UMNO selagi perjuangan untuk Bangsa, Agama dan Negara seperti dalam Perlembagaan UMNO tak berubah. Tapi orang UMNO dan rakyat yang mengundi UMNO tak akan setia pada pemimpin yang mereka nampak korup. Kalau PRU12 2008 rakyat dah beri pengajaran, kenapa masih tidak belajar dari kesilapan. Jangan hanya beri tekanan untuk orang bawahan, tapi pemimpin yang di atas juga seharusnya menjaga parti. Jangan dibebankan parti dengan kemelut peribadi. Yang susah UMNO juga, macam mana nak tolak dakwaan rakyat? Nak kata fitnah, tapi banyak benda yang dilakukan NFC adalah benar dan tidak pun disanggah. Cuma mungkin harga atau nilai saja yang berubah. Itu bukan fitnah bagi rakyat. Susah sangat ke untuk Sharizat berkorban? Setelah mendapat pelbagai faedah dari UMNO. Faedah yang tak semua ahli UMNO merasa. Pemimpin silih berganti, untuk dia bersara secara terhormat, rasanya tak ada masalah. Ramai lagi yang layak dan boleh pegang tampuk pimpinan ketua wanita UMNO. Pemimpin suruh ahli sayangkan UMNO, sayangkan parti. Tapi kalau pemimpin atasan tak reti nak sayangkan parti, susahlah macam ni. Cuba pentingkan parti dari kepentingan peribadi, mesti senang untuk buat keputusan. Wallahualam.
Sunday, December 4, 2011
Pagi ni sembang warong kopi semakin panas...............
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
Sebenar nye Wak tak layak terima BR1M ni, sebab jika kira pencen dan gaji isteri yang masih bekerja melebihi RM3000. Wak heran juga kenapa b...
-
utusantv.com Oleh Azrul Hakimie Anuer -June 2, 2023 Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan. GAMBAR : Abd Razak Aid RAMAI d...
-
agendaily.com 01/06/2023 Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man. Gelombang sokongan rakyat kepada Perikatan Nasional (PN) dijangka tida...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Jun 1, 2023 5:45 PM Presiden PAS Abdul Hadi Awang mendakwa bahawa golongan Melayu yang menyertai Pakatan Hara...
-
Dulu Wak ada dengar sorang MB yang suka dengan penyapu. Akhir nya dia pun kena sapu juge. Hingga terjatuh di timpa tangga. Sekarang kita d...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Jun 3, 2023 8:53 AM Anggota Majlis Kerja Tertinggi Umno, Mohd Puad Zarkashi membalas teguran Setiausaha Agung...
-
satuberita.my By Admin -June 2, 2023 Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN AHLI Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menganggap Datuk Seri Anwar...
-
satuberita.my By SatuBerita -May 29, 2023 WALAUPUN pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri dijangka sengit, namun silent protest (protes s...

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.