Showing posts with label NFC. Show all posts
Showing posts with label NFC. Show all posts

Sunday, April 1, 2018

'Nazri cetek', saya cakap wang rakyat 'kena sapu'


Tan Sri Rafidah Aziz menempelak Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz dengan menyifatkannya sebagai 'myopic' atau berfikiran cetek.

Bekas menteri kanan itu juga turut memberikan penjelasan mengenai maksud 'myopic'sebagai penegasan terhadap Nazri.

Perkataan 'myopic' dalam bahasa Inggeris bermaksud rabun dekat, juga sinonim dengan erti tiada imaginasi, tidak kreatif, kurang cabaran, kurang wawasan, berfikiran sempit, cetek, dan bersifat kedaerahan.

Rafidah merujuk artikel The Malaysian Insight bertarikh 8 Mac bertajuk "NFC masih berhutang dengan kerajaan RM248 juta, kata Kementerian Kewangan."

"Inilah apa yang saya sedang cakap. Wang rakyat 'kena sapu'. Nazri 'politik cetek'.
"Tak ada kena mengena dengan politik peribadi. Saya dah bersara 10 tahun. Tapi wang rakyat masih belum dilangsaikan, masih sekitar RM 200 juta untuk dibayar.

"Hutang is still hutang, terutamanya duit rakyat. Nazri tolong fokus kepada isu-isu kebimbangan rakyat dan tidak cuba alih perhatian kepada 'mak cik tua' ini. Hentikan politik kotor.

"Boleh cetak (kenyataan) ini sebagai respon bersama penjelasan mengenai myopic'," tambah beliau.

Rafidah memberikan respon terhadap kenyataan Nazri yang mendakwa beliau "dengkidan cemburu" terhadap Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil kerana pernah tewas kepadanya dalam merebut jawatan ketua wanita Umno.

Minggu lepas, Rafidah yang pernah menerima julukan "iron lady", menegur Nazri kerana membuat serangan peribadi mengenai umurnya berbanding menumpukan isu yang beliau timbulkan.

Ini selepas Nazri mengelarnya sebagai 'mak cik tua yang meroyan" selepas mengkritik Perdana Menteri Datuk Seru Najib Razak dan 1MDB.

Dalam laporan Harian Sinar hari ini, Nazri mendakwa kritikan Rafidah terhadap skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) menunjukkan bekas menteri kanan itu masih tidak dapat menerima kekalahannya sembilan tahun lepas.

Kes NFC mula didedahkan oleh laporan Ketua Audit Negara pada 2011.

Nazri berkata Shahrizat telah dibersihkan selepas itu dan Rafidah sepatutnya menghormati keputusan pihak berkuasa.

Sementara itu, artikel TMI memetik jawapan Kementerian Kewangan di parlimen bahawa NFC masih berhutang dengan kerajaan lebih RM248 juta daripada RM250 juta pinjaman mudah yang diterimanya.

Kementerian itu berkata NFC masih belum membayar sejumlah RM248,193,737.81 mulai 31 Jan tahun ini.

Thursday, February 8, 2018

Rafizi salah guna Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010

Azman Ibrahim
08 Februari 2018 3:39 PM
SHAHRIZAT ABDUL JALIL
KUALA LUMPUR 8 Feb. – Naib Presiden Parti Keadilan (PKR), Mohd. Rafizi Ramli telah menyalahgunakan dan memanipulasi Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 bagi mencapai matlamat politiknya. 

Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata, Rafizi juga mengabaikan hak undang-undang orang lain terutama dirinya sebagai individu apabila membuat serangan politik dengan menggunakan isu berkaitan Perbadanan Fidlot Nasional (NFC).

Katanya, Ahli Parlimen Pandan itu juga menyebabkan projek NFC gagal dan sekarang dirinya sendiri telah dikenakan tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa.

“Daripada menggunakan proses undang-undang, Mohd. Rafizi juga menggunakan cerita separuh benar untuk memanipulasi masyarakat umum berhubung kes berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Shahrizat, Mohd. Rafizi bukan seorang mangsa dalam kes ini sebaliknya golongan yang menerima akibat daripada tindakan manipulasinya adalah sebenar-benar mangsa.

Saturday, March 4, 2017

PAS makin disenangi dan disaingi

SYAHIR SULAIMAN
03 MARCH 2017
"DAN demikian Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang pertengahan (adil dan pilihan) agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu." (Al-Baqarah: 143)

Bayangkan politik Malaysia tidak lagi dikuasai oleh pemimpin Umno, yang sarat dengan rekod rasuah dan pecah amanah.

Bayangkan pula rakyat Malaysia tidak lagi dibayangi prejudis pemimpin DAP, yang sarat dengan agenda sekuralisma dan liberalisma.

Inilah yang digambarkan oleh YB Ustaz Nik Abduh di dalam penulisannya yang panjang lebar tentang ‘bahaya Umno yang dirasai’ dan ‘bahaya DAP yang dinanti’.

Persaingan Di Garis Tengah

Terdahulu, penulis pernah mengenengahkan sebuah teori di dalam bidang ekonomi dan strategi pemasaran, yang dikenali sebagai The Hotelling’s Law.

Teori ini dinisbahkan kepada seorang ahli ekonomi Amerika yang bernama Harold Hotelling (1895 – 1973), terkenal dengan pemerhatian beliau terhadap persaingan dua pihak yang bagi meluaskan pasaran masing-masing. Teori tersebut menyatakan, pesaing-pesaing akan memaksimakan saiz pasaran (market share) dengan meminimakan perbezaan dan merapatkan diri ke titik tengah pasaran (middle ground).

Teori ini juga terpakai dalam politik, kerana ahli politik adalah seperti peniaga, bersaing untuk memaksimakan pasaran (pengundi), di mana majoriti pengundi berada di titik tengah populasi yang biasanya terbahagi mengikut taburan berbentuk loceng (bell-shaped population).

Dalam konteks politik Malaysia, PAS perlu kekal sebagai watak pengimbang di antara persaingan ufuk kanan dan kiri politik tanahair (asobiyyah Umno vs liberalisma DAP). Manakala dalam konteks pemikiran Islam, PAS perlu kekal sebagai sebagai watak penghubung di antara pertembungan ufuk kanan dan kiri pemahaman Islam (tradisionalis vs modernis).

PAS Sentiasa Disenangi dan Disaingi

Asas pendekatan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) serta blok politik Gagasan Sejahtera yang diterokai oleh PAS, adalah langkah mengekalkan konsistensi PAS berada di garis tengah.

Dalam aspek politik, rakyat dan anak muda dilihat semakin menjauhkan diri daripada retorik perjuangan Melayu asobiyyah oleh Umno.

Manakala rekod skandal rasuah dan pecah amanah dalam isu 1MDB, Felda, dan NFC menambahkan lagi gelombang penolakan rakyat terhadap Umno, sehingga timbul desakan untuk Najib berundur sebelum PRU14 bagi memulihkan imej Umno yang sangat buruk di mata rakyat dan anak muda sekarang.

Pada masa yang sama, rakyat dan anak muda semakin menjauhkan diri daripada sebarang unsur pluralisma dan liberalisma oleh DAP dan sekutunya.

Manakala rekod kelantangan DAP mempersoalkan kesucian agama Islam, konsisten menghalang dan mengelirukan rakyat terhadap pindaan Akta 355, dan yang terbaru pendedahan Pemuda PAS Pulau Pinang dalam kes campurtangan pengurusan fatwa di Pulau Pinang, menambahkan lagi penolakan orang Melayu dan anak muda terhadap DAP dan sekutunya.

Menariknya di sebalik kecelaruan ini, rekod membuktikan bahawa PAS konsisten menentang rasuah, tidak pernah menghina kesucian Islam, dan tidak pernah menganggu kehidupan bukan Islam.

Justeru, keberadaan PAS di garis tengah pastinya memberi kelebihan untuk menguasai pasaran politik dan dakwah yang lebih besar, kerana majoriti rakyat dan anak muda lebih selesa mengambil jalan tengah.

Malah, sirah telah membuktikan bagaimana dakwah Islam yang bermula di Makkah berada di titik tengah pertembungan tamadun Rom dan Parsi, dan natijahnya pendekatan dakwah Islam yang penuh hikmah ini berjaya membina tamadun yang berkembang ke segenap pelusuk dunia.

Inilah yang menyebabkan PAS semakin disenangi, dan akan terus disaingi.

Syahir Sulaiman, Pengarah Strategi DPPM
3 Mac 2017 - HARAKAHDAILY 3/3/2017

Friday, May 8, 2015

Terima kasih Tabung Haji, rakyat fahami hutang 1MDB

HARAKAHDAILY 
Akhirnya rakyat, termasuk mereka yang berada di pedalaman memahami isu 1MDB gara-gara tindakan Lembaga Tabung Haji yang membeli tanah TRX daripada 1MDB.

Meskipun isu 1MDB sudah lama didendangkan pembangkang dan Tun Dr Mahathir Mohamad, namun ramai yang tidak memahaminya kerana ia tidak semudah isu lembu NFC dahulu sehinggalah semalam.

Kemarahan rakyat terhadap tindakan TH turut menyebabkan Pemuda Umno tiba-tiba U-turn dan berani mempersoalkan Kementerian Kewangan dan TH yang diterajui para pemimpin Umno sendiri.

Namun seperti biasa, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selalu Menteri Kewangan dan juga penasihat 1MDB terus mendiamkan diri.

Namun, keadaan ini diyakini tidak lama selepas melihat gelagat Pemuda Umno cuba menyelamatkan diri.

Namun, rakyat kena ingat, menukar Najib tanpa menukar Umno tiada gunanya. Hutang RM42 bilion 1MDB masih perlu ditanggung kerana kerajaan adalah penjaminnya.

Selepas tabung TH dipecahkan, banyak lagi tabung lain akan dipecahkan setiap kali tiba tempoh 1MDB untuk membayar bunga hutangnya.

Persoalan sekarang, selain membayar hutang, apakah kos perniagaan 1MDB setiap bulan? Sumber mana yang digunakan untuk membayar gaji-gaji mereka yang mahal-mahal, termasuk gaji Najib sebagai Penasihat di dalam 1MDB kalau duit membayar hutang pun tiada.

Jangan-jangan akhirnya Petronas atau Khazanah atau Lembaga Zakat menjadi pemaju kepada TRX berselindung di sebalik perkataan "pelaburan" tapi hakikatnya ia hanyalah mekanisme untuk menyalurkan dana badan berkanun ini kepada 1MDB untuk membayar gaji dan bonus dan hutang keliling pinggang mereka yang dijamin kerajaan Malaysia.

Tidak mustahil kewangan negara dan ringgit Malaysia akan menjadi tenat jika 1MDB tidak mampu membayar hutangnya.

Dahulu rakyat tidak memahami mahupun mempercayainya, tapi kerana tindakan kontroversi TH, mereka kini dapat melihat sendiri betapa busuk dan teruknya masalah 1MDB ini pada negara.

Terima kasih TH.

TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Naib Presiden PAS
8 Mei 2015

Sunday, April 21, 2013

Kamalia dikorbankan untuk memertabatkan semule Shahrizat selepas PRU13...................

Skandal NFC yang 'dikaitkan' dengan Ketua Pergerakan Wanita UMNO merangkap Menteri Pembangunan Wanita yang menjejaskan kedudukan parti UMNO masih lagi segar dalam ingatan rakyat. UMNO menjadi bertambah buruk dengan keujudan skandal NFC.

Malang nye Najib masih lagi mempertahankan pehak2 yang terlibat dalam skandal NFC yang telah menjejaskan 'nama baik' UMNO. Shahrizah yang kunun nye terlibat juge dengan skandal NFC terlah di lucutkan oleh Najib jawatan Menteri nye.

Persoalan nye, mengape Najib tidak melantik Datuk Kamalia Naib Ketua Pergerakan Wanita untuk mengisi jawatan Menteri yang telah dikosongkan oleh Shahrizat? Adekah Datuk Kamalia selaku Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO tidak layak untuk menyandang jawatan menteri itu?

Sebenar nye Najib masih terlalu sayangkan Shahrizat sehingge beliau sendiri menjawat jawatan Menteri itu. Shahrizat tidak diturunkan untuk bertanding dalam PRU13 ni, tetapi sudah pasti Najib akan menyerahkan semule jawatan Menteri yang di sandang nye itu kepade Shahrizat melalui lantikan Senator.

Inilah sebab nye Najib telah menggugurkan Datuk Kamalia ke DUN Bukit Candan. Ini memang dah jadi kebiasan dalam UMNO untuk memberi laluan 'jalan keluar' bagi pemimpin2 yang sudah tidak di gemari lagi. Datuk Kamalia menyedari tindak 'jahat' Najib untuk menyekat laluan nye merebut jawatan Ketua Wanita dan seterus nye menjawat jawatan menteri.

Tindakan Datuk Kamalia keluar dari UMNO dan meletak kan semue jawatan dalam UMNO sangat wajar. Sedikit sebanyak ianye akan memberkan kesedaran kepade pemimpin2 atasan UMNO yang tamak, gile kuase dan harte itu. 

Sunday, January 15, 2012

Sekejap takde sekejap tiba2 ade..............

Ini cuma gambar hiyasan aje  tak ade kena mengena dengan UMNO

Wak dah ingat cerita lembu ni dah habis di tutup. Bukan nye ape, sebab nya polis dan SPRM pun dah kate tak de ape yang berlaku tidak baik, semuanya mengikut peraturan. Semua pencacai2 UMNO dan termasuk juga beberapa orang pemimpin2 nya juga bermati matian berkata ini semua fitnah dari PR saja, tak ade berlaku sebarang penyelewengan.

Sekarang apa macam pula yang berlaku, menteri yang berkenaan bercuti pula dan siasatan diteruskan. Tapi Wak kira ini siasatan pun bukan nya untuk cari kesalahan dalam NFC tapi cuma untuk bersihkan NFC dan menteri yang berkenaan. Ini di lakukan se mata2 untuk bersihkan UMNO.

Oleh kerana PRU 13 semakin hampir, maka isu NFC ini akan menjadi bahan utama dalam kempen2 dan ceramah2 PR. Sedikit sebanyak ianya akan menjejaskan namabaik UMNO. Demi menjaga nama baik UMNO terpaksa buat keputusan yang baik juga. Keputusan nya lebih kurang begini : tiada penyelewengan dalam NFC dan menteri yang berkenaan juga diada kaitan apa2 dengan NFC.

Wednesday, January 11, 2012

Keputusan mahkamah telah lenyapkan ribut NFC

Sebelum ni wak dengar heboh sangat tentang cerita lembu2 yang di pelihara oleh suami seorang menteri 1 Malaysia. Cerita nya terlalu sensasi sehinggakan setiap laman blog menyuarakan pendapat nya masing2. Yang anti kerajaan membuat berbagai tuduhan mem buruk2 kan tentang tuan punya lembu dan keluarganya.

Bagi bloggers yang pro kerajaan juga sebok mempertahan kan kebenaran bagi pehak menteri yang berkenaan dan keluarganya. Pendek kata berbagai cerita telah di persembahkan oleh ke dua2 belah pehak. Bab cerita lembu ni bagi wak ianya cuma cerita biasa saja.

Kalau wak sekali pun bila dah ada peluang pasti wak kebas punya. Maka tidak salah lah menteri itu jika suami nya yang mendapat peluang itu. Itu sudah jadi lumrah alam - ada kuasa pasti ada peluang!

Cerita lembu2 ni tiba2 saja dah ter berhenti dan terus senyap sunyi sepi tanpa apa berita lagi. Terberhenti nya cerita lembu ini semata2 kerana terkeluar pula satu lagi cerita yang lebih menarik dari cerita lembu - cerita nya tidak lain tidak bukan ialah : "Anwar Ibrahim di bebaskan dari tuduhan liwat" itu saja.

Pada wak ini tandanya Anwar lebih popular dari cerita lembu. Bukanya apa, ini kerana semua pencacai2 UMNO termasuk juga semua menteri2 nya mahukan keputusan bicara di buat supaya Anwar bersalah dan dijatuhkan hukuman.

Bagi penyokong2 Anwar pula ceritanya lain, Anwar mesti di bebaskan kerana tuduhan itu palsu dan fitnah se mata2. Pada Wak ianya lebih kurang maca cerita lembu2 itu juga. Masing2 tuduh menuduh dan bela membela antara satu sama lain.

Sunday, January 8, 2012

DSAI di penjara PR bungkus.....................................

Banyak orang kata jika Anwar Ibrahim terpenjara PR akan gulung tikar. Sangkaan ini sangat di persetujui oleh pencacai2 UMNO termasuk pemimpin2 nya sekali. Mereka ni memang dungu, PR tetap PR, Anwar hanya salah satu dari ber puluh2 pemimpin PR.

Sudah menjadi lurah alam, pemimpin datang dan pemimpin pergi. Polisi pemerintahan tetap berjalan seperti biasa. Satu Anwar Ibrahim di penjarakan, 10 Anwar Ibrahim pasti akan muncul. Sokongan rakyat terhadap PR akan tetap diteruskan hingga tercapai kejayaan.

PR akan tetap terus ujud dan bertambah kukuh dari masa ke semasa. Sedangkan BN semakin reput dari masa ke semasa. Bukti nya, parti2 komponen nya seperti MCA, MIC dan Gerakan dah berkubur. Yang tinggal masih hidup nyawa2 ikan ialah UMNO sahaja.

Sebenarnya UMNO ini sudah mati jika tidak dapat talian hidup dari kaum pribumi Sabah dan Sarawak. PRU 13 akan datang pasti BN tumbang tergolek, kerana rakyat pribumi Sabah dan Sarawak sudah tersedar dari lamunan mimpi nya.

PM BN boleh taburkan ribuan juta RM kepada semua rakyat, namun kesedaran rakyat tidak mampu di pengaruhi oleh wang ringgit. Sudah terlalu lama kerajaan BN bermaharaja lela membelanjakan wang titik peluh rakyat itu sesuka hati.

Rakyat tidak boleh lagi di permainkan dengan 'gula2' setiap kali PRU menjelang tiba. Kesedaran rakyat tentang tipu muslihat pemimpin UMNO sudah tidak boleh disembunyikan lagi. Rakyat di hulurkan RM500 sedang kan mereka dah tarik ribuan juta RM.

Pemimpin2 UMNO tetap masih lagi tidak mahu berubah, mereka semuanya gila kuasa, tamak harta, kebas wang ber ribu2 juta. Kalau sang suami ada jawatan menteri pasti anak bini dan kaum keluarga jadi kaya raya. Kalau si isteri pula jadi menteri sang suami, anak pinak dan keluarga jadi kaya raya.

Friday, December 30, 2011

Dah! Dah kena tipu pula!

Kalau orang macam Wak ni kena tipu semua orang boleh percaya. Tapi kalau Wak ni bergelar Datuk Dr dan pengarah syarikat gergasi pasti orang yang biyul pun tak percaya punya. Mana kan boleh orang yang bijak senang2 kena tipu berjuta2 RM. Kalau lah perkara ini benar, ianya sangat memalukan.

Turut sama malu, menteri2 yang dah serahkan satu projek besar yang nilai nya ratusan juta RM kepada orang yang mudah tertipu. Wak rasa memang patut si penipu tu gelak ketawa dan riang gembira, sebabnya dia tu lebih bijak dari orang2 yang kena tipu.

Sembang warong kopi pagi tadi beri kesimpulan bahawa watak 'penipu' di di ujudkan se mata2 untuk memesongkan tumpuan sebenar kes NFC. Kes NFC tidak semudah itu boleh di lenyapkan, ianya melibatkan suami seorang menteri. Suami menteri ini telah di anugrah kan satu projek besar dengan pinjaman mudah sebanyak RM250 juta berserta sebidah tanah yang hampir satu mukim.

Thursday, December 22, 2011

Ini baru 'buang busuk', sikit hari nanti baru tiba 'durian runtuh'..........................

Sembang warong kopi tentang NFC semakin rancak. Tiada tanda2 ianya akan reda. Wak pening kepada fikirkan hal lembu yang tak sudah2. Wak ada terdengar kata2 yang menyatakan cerita 'lembu' yang tersebar ni kalau di ibaratkan musim durian, ianya baru buang busuk, tak lama nanti tiba lah durian runtuh nya.

Kunun nya ada lagi banyak misteri yang akan di bongkarkan bab cerita lembu ni. Macam durian runtuh le agaknye. Sudah jadi adat, pembangkang ni tiada kerja lain melainkan cari pasal aje. Suka buat fitnah dan mengumpat orang aje.

Sebenarnya kita tak perlu susah hati tentang hal cerita lembu ni, ianya sedikit pun tidak akan menjejaskan image parti UMNO. Hal2 yang lebih serious yang telah menimpa UMNO pun boleh di selesaikan dengan mudah. Dulu ada timbul cerita Altantuya, sekarang dah lenyap, timbul pula cerita enjen jet sekarang dah senyap juga dan ada macam2 lagi tapi semua nya boleh senyap.

Pada pendapat Wak, cerita lembu ni pun tak lama lagi boleh jadi senyap juga. Jadi semua orang jangan risau kan sangat tentang cerita lembu ni.

Monday, December 19, 2011

Ape sangat leeee RM250 jute tuuuuuuuuuu.............................

Jangan you all buat tak tau, hasben  I cuma dapat pinjaman mudah, bukan nya dapat cume2 aje. Itu pun bukan nya banyak, cume RM250 jute aje. Apa yang you all sebok2 sangat, macam le negara ni boleh bangkrup. Nanti bila dah dapat untung banyak kita langsaikan aje lah semua utang tu.

I haraf you all faham2 le dengan penjelasan I yang panjang lebo ni. Jadi kome jangan lah sebok2 buat bising lagi. Tapi I faham kome ni sebok2 kejab aje, tak lama lagi semua nya diam belaka. Sebok 'angat2 tahi ayam' le katakan. Sape tu yang mula2 buat bising, ada yang panggil dia tu 'mak lampir'. Sekarang dia pun dah diam.

Pencacai2 PR yang ada blog pun dan mula diam - dah habis modal. Agaknya pencacai2 ni tengah gelisah tunggu keputusan perbicaraan kes liwat tu. Tak payah le fikir2 kan sangat, yang pasti DSAI bersalah meliwat Saiful. Itu dah pasti tu, pertamanya DSAI tak berani sumpah2 macam si Saiful tu.

Friday, December 16, 2011

Ape sangat le yang nak di pertahankan?

Lebih60 tahun di beri peluang berkuasa, akhirnya melayu juga yang hidup menderita. UMNO memang banyak membantu melayu tapi melayu yang macam mana? Ini lah pokok utama perbincangan di warong kopi pagi tadi.

UMNO ni memang sebok setiap kali menjelang nya PRU. Sebok kesana kemari taburkan jutaan RM pada rakyat miskin. Maka be rebut2 simiskin ni tak ubah seperti ayam kelaparan aje nampak nya. Sekarang rakyat miskin ni sedang sebok merebut  umpan RM 500 - seumur hidup sekali.

RM500 ini telah mampu menutupi berapa jumlah yang rakyat miskin ini menyumbang kepada pelbagai cukai yang telah di kenakan. Sebenar nya di sebalik subsidi  yang di beri oleh kerajaan, kita juga tidak terlepas dari membayar cukai.

Yang di makan dan di minum kena cukai, Yang di pakai dan di gunakan kena cukai. Segala perkhidmatan kena cukai, pendek kata se gala2 nya kita kena cukai. Paling ketara ialah cukai yang terbaharu iaitu bil astro dan bil letrik, itu yang paling nampak jelas dan nyata.

Pada orang yang kaya dan berada itu cuma sedikit sahaja tak jadi apa2 hal pun. Malang nya bagi yang miskin ianya sudah jadi bebanan. Kita cuma terima RM500 untuk sekali sahaja semumur hidup tapi cukai2 yang di kena kan itu kita perlu bayar sepanjang hayat.

Sebenar nya wang RM 500 itu ialah wang dari cukai2 yang telah kita sembang selama ini. Dan selepas ini kita juga akan terus menyumbang cukai2 selagi nyawa ada di badan. RM 500 itu tidak memberi apa2 makna langsung.

Jikasekiranya kedudukan kerajaan BN ni kukuh dan mantap seperti masa lampau di mana PAS dan DAP tidak mendapat sokongan langsung. Jangan haraf nak dapat apa2 sumbangan seperti RM500 ini. Ni dah tersepit baru nak beri kalau tidak mereka kaut saja.

Rakyat miskin di beri RM500, sedangkan mereka sudah kaut ratusan mungkin jutaan ribu RM macam NFC tu. Sekarang beri RM 500 untuk terus berkuasa, bila dapat teruskan kuasa nanti maka boleh cover balik dan top-up lagi ratus2 dan ribu2 juta RM.

Bijak! Memang bijak! Itu sebab mereka boleh pertahankan kuasa selama lebih 60 tahun. Boleh sesiapa sebutkan seorang menteri atau bekas menteri, keluarga dan pencacai2 nya yang tidak kaya raya. Pegang jawatan paling bawah seperti ketua cawangan pun dalam masa satu atau dua  tiga penggal pun dah ada banglo, kereta mewah dan bini muda.

RM500 ini ada lah talian hayat terakhir bagi UMNO.

Beginilah sedikit sebanyak butir2 dari sembang warong kopi pagi tadi. Di sini wak cuma tolong sampaikan aje - sama ada betul atau tidak, boleh pakai atau tidak, percaya atau tidak, marah atau tidak, terpulang lah pada timbangan hati dan fikiran masing2

Tuesday, December 6, 2011

Dengan kurnia Allah PR dah dapat modal kempen yang maha besar dalam menghadapi PRU13

Gerakan ceramah PR harus diperkasakan. Kini PR sudah dikurniakan modal yang besar, iaitu NFC. Jika PR bijak memainkan isu NFC dalam ceranah2 nya pasti BN akan gigit jari pada PUR13 akan datang. Silap2 haribulan PM akan tangguhkan PRU kesatu tarikh yang belum ditetapkan.

BN perlukan masa yang agak panjang untuk sejuk kan keadaan. Itu pun kalau ianya mampu di sejuk kan. Sembang warong kopi sedang rancak perbualkan hal2 NFC sahaja, pendek kata isu DSAI sudah dapat di tenggelamkan oleh NFC.

Hal NFC ni sangat unik, bukan sahaja pembangkan yang sudah sememang nya meluatkan UMNO tetapi ianya juga telah menimbul ke amarahan dan kebencian dari penyokong2 UMNO sendiri. Kemarahan dari UMNO ini nampak nya sudah bermula dari sesetengah pemimpin2 atasan nya.

Selama ini penyokong2 dan pencacai2 UMNO sudah banyak bersabar, mereka benar2 berjuang dan berkerja keras untuk UMNO, malang nya kerana perbuatan segelintir pemimpin yang tamak UMNO sudah jadi rusak. Mereka nekad mahu ajar pemimpin2 UMNO yang busuk ini.

Mampukah DSN bersihkan UMNO dari palitan najis lembu NFC sebelum PRU13? Jika tidak, good bye Petra Jaya.

Itulah sedikit sebanyak coretan yang wak perolehi dari sembang2 warong kopi.

Sunday, December 4, 2011

Pagi ni sembang warong kopi semakin panas...............

 Ini ulasan (comment) di petik dari dinturtle, komen ini menarik perhatian ramai. secara langsung rakyat sudah buat kesimpulan - Kesimpulan nya "UMNO masih tidak boleh berubah" - itu saja.
 
Anonymous said...
Apa nak buat, Kalau dah Projek NFC tu anugerah Pak Lah kepada Ketua Wanita UMNO atas cadangan KJ hero tingkat 4 masa tu. Dah tu Muhyiddin pulak yang tukang luluskan projek atas kapasiti Menteri Pertanian ketika tu, dan Najib sebagai Menteri Kewangan yang beri kelulusan pelepasan dana RM250juta. Dan nak lagi sedap, Sharizat rapat kamcing pulak dengan Rosmah. Hemmm... memang tak kemana la skandal ni. Pusing-pusing kat situ aje la.Kalu suruh polis siasat pun buang masa saja. Ini bukan kes jenayah komersial atau CBT. Ini jenayah politik, kronisma. Selagi tiada tindakan yang sepatutnya dilakukan, selagi itulah beban akan tetap terpikul diatas bahu orang UMNO. Najib suruh orang UMNO setia pada parti, memang tak ada masalah bagi orang UMNO selagi perjuangan untuk Bangsa, Agama dan Negara seperti dalam Perlembagaan UMNO tak berubah. Tapi orang UMNO dan rakyat yang mengundi UMNO tak akan setia pada pemimpin yang mereka nampak korup. Kalau PRU12 2008 rakyat dah beri pengajaran, kenapa masih tidak belajar dari kesilapan. Jangan hanya beri tekanan untuk orang bawahan, tapi pemimpin yang di atas juga seharusnya menjaga parti. Jangan dibebankan parti dengan kemelut peribadi. Yang susah UMNO juga, macam mana nak tolak dakwaan rakyat? Nak kata fitnah, tapi banyak benda yang dilakukan NFC adalah benar dan tidak pun disanggah. Cuma mungkin harga atau nilai saja yang berubah. Itu bukan fitnah bagi rakyat. Susah sangat ke untuk Sharizat berkorban? Setelah mendapat pelbagai faedah dari UMNO. Faedah yang tak semua ahli UMNO merasa. Pemimpin silih berganti, untuk dia bersara secara terhormat, rasanya tak ada masalah. Ramai lagi yang layak dan boleh pegang tampuk pimpinan ketua wanita UMNO. Pemimpin suruh ahli sayangkan UMNO, sayangkan parti. Tapi kalau pemimpin atasan tak reti nak sayangkan parti, susahlah macam ni. Cuba pentingkan parti dari kepentingan peribadi, mesti senang untuk buat keputusan. Wallahualam.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-