Sunday, May 5, 2013

Kelantan kekal milik PAS

Dengan keputusan ini bermakna PAS berjaya mengekalkan pemerintahannya di negeri itu sejak 1990.

 

PETALING JAYA: PAS berjaya mempertahankan pemerintahannya di Kelantan apabila berjaya mendapat 23 dari jumlah 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Keputusan tidak rasmi ini diperolehi pada jam 9.45 malam tadi. Dengan keputusan ini bermakna PAS berjaya mengekalkan pemerintahannya di negeri itu sejak 1990.
Setakat jam 10.07 malam, PAS juga telah memenangi empat kerusi Parlimen dan 15 DUN di Terengganu.
Sementara bagi kerusi parlimen Marang, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berjaya mempertahankan kerusinya dengan mendapat 7,664 undi manakala calon Barisan Nasional Yahya Khatib Mohamad memperolehi 5,683 undi.
Keputusan (Parlimen Marang) tidak rasmi ini diperolehi seawal jam 8.55 malam.
Anak Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Mohd Abduh (PAS) mendahului Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali (Bebas) dengan majoriti 4,400 undi bagi merebut kerusi Parlimen Pasir Mas.
Sementara di Parlimen Kota Raja, calon PAS Dr Mariah Mahmud yang memperolehi 30,233 undi mendahului dengan majoriti 12,865 undi ke atas pencabarnya S Murugesan (BN) yang 17,362 undi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-