KUALA LUMPUR: PAS hari ini mendesak Peguam Negera mendedahkan nama-nama ketua bahagian Umno yang telah hadir pada pertemuan tertutup 14 Ogos lalu.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu memberitahu pertemuan tersebut yang turut dihadiri Ketua Polis Negara sehingga sekarang tidak ada penafian dilakukan walaupun ia dilaporkan media arus perdana.
"Kita memberi amaran kepada Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail untuk menamakan dan dedahkan kesemua nama ketua bahagian Umno yang hadir.
"Kita ingin tahu apakah Peguam Negara bertindak menurut arahan dari pemimpin-pemimpin Umno.
"Kita juga ingin tahu Umno Bahagian manakah yang terlibat dalam pertemuan kontroversi itu," tegas beliau.
Beliau yang turut mempersoalkan keputusan Pegum Negara apabila baru sekarang mengambil tindakan terhadap laporan polis yang telah lama dibuat.
"Kesemua pendakwaan dibuat sejurus pertemuan 14 Ogos itu dan ini jelas bermotifkan politik.
"Sekiranya Peguam Negara gagal menjawab persoalan-persoalan ini, persepsi orang awam bahawa beliau telah menyalahgunakan kuasa untuk kepuasan parti pemerintah adalalah benar," sambung beliau.
Mohamad yang turut memberitahu keyakinan awam terhadap kebebasan dan pentadbiran keadilan yang adil kini telah tergugat.
Dalam pada masa yang sama, beliau yang mewalili PAS dan Pakatan Rakyat menyatakan komitmen penuh menyokong dan akan membantu Gerakan Hapuskan Akta Hasutan (GHAH) dalam perjuangan untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948.
"Kita akan mengerahkan segala jentera di akar umbi seluruh negara bagi melawan akta zalim ini sehingga ianya dihapuskan.
"Kita memberi amaran keras kepada Peguam Negara agar menasihati kerajaan supaya memansuhkan akta drakonian ini dengan segera seperti yang dijanjikan Perdana Menteri serta menarik balik pendakwaan yang telah dilakukan," kata beliau lagi.

-HARAKAHDAILY 12/10/2014
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.