Wednesday, November 5, 2014

Di mana ramai rakyatnya yang bijak di situ BN tidak selamat.


Wednesday, November 5, 2014

TERKINI :TUN M SERU PIMPINAN UMNO SELANGOR DIBUBAR DAN DISUSUN SEMULA...

Sesungguhnya perubahan yang diperlukan oleh UMNO Selangor ialah pembubaran dan penyusunan semula. Pemimpin-pemimpin UMNO Selangor perlu terima hakikat bahawa mereka kalah dalam PRU 12 dan 13. Mereka perlu undur.

2. Hari ini untuk mendapat calon Menteri Besar di kalangan pemimpin UMNO pun tidak ada. Ini boleh diadakan dengan ramai jika UMNO Selangor sedia menerima ahli baru. Pemimpin UMNO biasanya tidak suka menerima ahli baru yang berbakat kerana takut mereka dicabar dan hilang jawatan atau tidak dapat jadi calon pilihanraya. Oleh itu usaha mereka bukanlah memperkuatkan UMNO tetapi memperkuatkan kedudukan mereka.

3. Penerimaan ahli baru dengan ramai termasuk yang berbakat adalah perubahan yang utama yang perlu dilakukan oleh UMNO Selangor.

4. Ahli baru perlu juga ditapis oleh badan yang terdiri dari veteran UMNO termasuk dan Bahagian lain. Tapisan diperlukan kerana ada makhluk perosak yang ingin peralat UMNO untuk agenda peribadi mereka.

5. Yang kedua ialah tumpuan kepada Gen-Y. Pada PRU 14, 2.5 juta pengundi muda akan mengundi.

6. Gen-Y tidak berminat dengan UMNO. Mereka, terutama yang terpelajar di Barat sudah menerap budaya dan nilai-nilai hidup Barat. Bagi ramai dari mereka penghargaan terhadap parti dan pemerintah yang memberi peluang kepada mereka mendapat pelajaran dan berjaya dalam kehidupan mereka tidak ada.

7. Jika disebut akan jasa parti UMNO kepada mereka, mereka menolak peringatan ini sebagai mengungkit. Lagi pun mereka berpendapat parti mana pun yang menjadi Kerajaan akan membuat perkara yang sama.

8. Pandangan cetek ini disebabkan mereka tidak membuat bandingan antara Kerajaan Malaysia pimpinan UMNO dengan Kerajaan-Kerajaan negara-negara lain. Jika bandingan dibuat oleh mereka, sudah tentu mereka akan lihat bahawa negara-negara yang mencapai kemerdekaan bersama kita tidak pun dapat dimajukan, jauh sekali daripada memberi pelajaran, biasiswa dan bantuan lain supaya rakyat mereka dapat menikmati taraf hidup seperti rakyat Malaysia.

9. UMNO Selangor perlu berusaha menarik pemuda Melayu menyertai UMNO dengan mendekatkan diri dengan mereka yang bukan ahli bahkan yang menentang UMNO. Untuk ini kepimpinan UMNO harus tahu sejarah UMNO dengan mendalam. Pemimpin yang mampu menjelas kedudukan orang Melayu dahulu dan sekarang tidak ramai. Mereka juga perlu diberi kursus.

10. Ketiga, kikis imej UMNO sebagai parti rasuah. Cara hidup pemimpin UMNO perlu lebih sederhana. Mereka perlu rapat dengan rakyat dan bukan sahaja dengan ahli UMNO. Jangan sekali-kali guna kereta mewah bila ke kampung.

11. Sesungguhnya banyak lagi perubahan yang perlu dibuat oleh UMNO Selangor. Tetapi jika yang tiga ini dibuat sokongan rakyat akan lebih kuat.

Walau apa strategi yang akan di lakukan oleh UMNO untuk menawan semula negeri2 yang telah dikuasai oleh Pakatan Rakyat pasti akan gagal.

Kejayaan sebenar Pakatan Rakyat dapat menawan negeri2 ini sebenarnya bukan terletak pada kekuatan parti itu. Kejayaan Pakatan Rakyat ini sebenar nya dari hasil kesedaran dan kebijaksanaan rakyat itu sendiri.

Jika dibandingkan dengan negeri2 di Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak ianya sangat jauh berbeza. BN nampak masih kuat dan utuh di Sabah dan Sarawak se mata2 kerana rakyat di sana berfikiran jauh lebih 'rendah' jika dibandingkan dengan rakyat di Semenanjung Malaysia.

Boleh dikatakan BN telah mengalami  kemerosotan yang amat teruk dari segi sokongan negeri2 di Semenanjung. Dan BN juga mengalami kekalahan teruk di Kelantan, P Pinang dan Selangor, kerana keujudan ramai penduduk2 nya yang bijak dan sedar tentang keburukan pemimpin2 BN. 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-