Wednesday, January 28, 2015

Polis serbu pejabat Zunar, rampas buku kartun


KUALA LUMPUR 28 JAN: Sepasukan enam anggota polis menyerbu dan menggeledah pejabat kartunis Zunar hari ini sebelum merampas 155 naskah buku kartunnya.


Serbuan dan rampasan itu dibuat tanpa waran menggeledah.

Komik yang dirampas pasukan dari Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur itu adalah Komplot Penjarakan Anwar berjumlah 89 naskah dan selebihnya Pirates of The Carry-BN.

ASP Lim Ah Heng dari Bahagian Perundangan Jabatan Siasatan Jenayah yang mengetuai operasi itu berkata, serbuan mereka di pejabat Zunar yang beroperasi di Pudu itu dibuat mengikut Seksyen S(2) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, Sekyen 4 (1) (C) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan.

Menurut beliau, serbuan itu juga berkait dengan penjualan buku tersebut di Istana Kehakiman, Putrajaya sewaktu kes Ketua Umum KEADILAN, Saudara Anwar Ibrahim didengar di Mahkamah Rayuan November lalu.

Pasukan itu yang tiba sejak pukul 10.15 pagi tadi turut mengkehendaki staf pejabat Suara Keadilan, akhbar organ parti KEADILAN, yang beroperasi di pejabat yang sama dengan pejabat Zunar supaya memberi keterangan.


Bagaimanapun, keterangan hanya diambil daripada pengurus pejabat Suara Keadilan, Jasmine Ng, yang berlangsung hampir dua jam.

Sebelum itu, pasukan tersebut menghalang keseluruhan staf Suara Keadilan yang bertugas untuk keluar makan, sehingga pengurus tersebut tiba.

Zunar atau Zulkifli Anwar Ul-Haq kini berada di London atas urusan kerja.

Zunar dalam kenyataan ringkasnya menyatakan, beliau dimaklumkan Lim berkenaan siasatan itu dan akan dipanggil ke balai untuk memberi keterangan selepas pulang nanti.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-