Friday, April 3, 2015

Adakah kaum melayu mahu disuap sampai kiamat?

oleh Ahmad Mustapha Hassan

SEKILAS PANDANG: Menurut kerajaan Umno Baru, orang Melayu perlu disuap setiap masa – mungkin sampai kiamat. Mereka mempunyai tanggapan rendah terhadap orang Melayu, yang bangsa Melayu tidak dapat berdikari. Dan dengan pelaksanaan program ‘bersuap’ ini, mereka dan rakan-rakan dan kroni mereka akan menjadi penerima utama.

Ini adalah sangat jelas dari masa agenda afirmatif ini dimulakan, tidak lama selepas tahun 1969. Mereka yang tidak seharusnya mendapat manfaat, menjadi penerima utama dan paling penting, mereka mewakili parti itu.

Saya masih ingat apabila Umno asal telah mengadakan mesyuarat agung tahunan mereka. Kebanyakan perwakilan datang sama ada dengan bas atau kenderaan biasa-biasa sahaja. Tiada Mercedes atau Jaguar yang dilihat.

Dan sebahagian besar dari mereka akan berkumpul di Rumah Umno berhampiran pasar Chow Kit, di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Mereka akan tinggal di hotel-hotel kecil yang murah berhampiran pasar ini. Saya pernah melawat mereka di sana.

Tetapi tidak lama selepas pelaksanaan agenda afirmatif, semua hotel-hotel ini tidak pernah dikunjungi perwakilan-perwakilan Umno lagi. Mereka akan tinggal di hotel-hotel lima bintang.


Kekayaan telah dicampak ke pangkuan mereka. Kesengsaraan mereka yang bukan ahli Umno tidak disentuh oleh agenda tindakan afirmatif ini. Malah ahli-ahli parti biasa yang tinggal di kampung-kampung luar bandar, tidak menerima skim hebat ini.

Kerana faedahnya hanyalah untuk diraih oleh orang-orang yang penting dalam parti, kegagalan skim ini tidak pernah dikaji, mengapa majoriti orang Melayu tidak mendapat manfaat daripada tindakan ini. Sebaliknya lebih banyak faedah telah dicurahkan ke dalam skim ini, seolah-olah tidak berpenghujung. Namun gejala-gejala ekonomi orang Melayu miskin masih wujud.

Rasa takut untuk menganalisis kegagalan skim ini adalah nyata, di mana keputusan-keputusannya akan menunjukkan kewujudan salah urus, rasuah dan salah guna skim yang tidak memberi faedah kepada kumpulan sasaran, hanya kumpulan tertentu.

Tetapi orang Melayu miskin telah diyakinkan bahawa mereka memerlukan Umno Baru untuk melindungi mereka. Sentimen bahawa mereka telah menjadi miskin disebabkan orang bukan Melayu, telah mencipta sindrom kebergantungan kepada Umno Baru. Tipu muslihat dan pengkhianatan adalah cara yang digunakan untuk menipu "mereka".

Masanya telah tiba untuk mendedahkan pengkhianatan oleh Umno Baru bukan sahaja kepada orang Melayu miskin, tetapi terhadap seluruh negara.

Kebebasan dan kemerdekaan sepatutnya memberi kebaikan kepada semua orang, bukan hanya beberapa pihak.

- See more at: http://bm.theantdaily.com/Terkini/Adakah-kaum-Melayu-mahu-disuap-sampai-kiamat#sthash.bTB450y9.dpuf

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-