Showing posts with label Umno Baru. Show all posts
Showing posts with label Umno Baru. Show all posts

Monday, September 28, 2015

Umno baru nampaknya sudah kehilangan arahnya

oleh Ahmad Mustapha Hassan
SUARA LANTANG: Sejak penubuhannya, Umno Baru tidak pernah memiliki agenda nasional. Ia hanya menumpukan program etnik yang sempit dan tidak berpandangan jauh. Ia langsung tidak memiliki apa-apa ideologi.

Umno yang asal adalah sebuah parti yang ditubuhkan oleh golongan aristokrat birokrasi untuk berjuang bagi mempertahankan status mereka di negara ini. Namun ia menggunakan slogan yang menarik seluruh spektrum masyarakat Melayu, daripada peringkat pentadbir bawahan, petani dan kelas-kelas lain.

Maka ia tiada apa-apa agenda untuk berkhidmat kepada seluruh populasi. British mewujudkan kelas pegawai ini untuk menyokong pentadbiran penjajahan British. Namun tidak lama kemudian mereka merasa tidak gembira kerana kuasa utama berada di tangan pegawai British. Maka mereka memulakan langkah untuk menyingkirkan British.

Slogan yang digunakan adalah “Hidup Melayu”.

Kumpulan ini menarik sokongan masyarakat Melayu yang tidak tahu akan agenda pentadbir-pentadbir birokrasi ini.

Masyarakat Melayu dibuat agar percaya bahawa Umno adalah penyelamat mereka. Dengan budaya feudal dengan pemikiran tertawan, Umno berjaya memanfaatkan sokongan itu. Ditambah dengan sokongan kelas komersial dan komprador bukan Melayu, ia berjaya merampas kuasa dari British.

Inilah permulaan menuju bencana. Mereka tiada agenda nasional yang positif seperti parti-parti progresif yang diharamkan British. Penekanan lebih diberikan kepada manfaat ekonomi bagi kelas komersial dan feudal. Populasi umum tidak termasuk dalam agenda ini.

Sejak dari mula lagi Umno hanya berjuang untuk golongan elit masyarakat Melayu. Ia berjaya dalam suasana feudal yang sudah menjadi sebahagian dalam hidup orang Melayu.

Memandangkan mereka tiada agenda positif untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat Melayu di pedalaman, ia berharap dengan membina infrastruktur di sana, masyarakat di pedalaman akan merasa puas hati.
Strategi pembangunan tidak menyentuh akar masalah golongan yang malang ini. Infrastruktur hanya menambahkan masalah. Dengan pembangunan baru yang dilaksanakan, gologan petani dan nelayan kehilangan sumber pendapatan.

Senario baru ini membuka peluang kepada orang tengah untuk terus kepada pengeluar. Gologan orang tengahlah yang mendapat manfaat daripada strategi pembangunan yang tidak terancang ini.

Gologan nelayan dan petani memang amat memerlukan modal kerja dan modal tetap. Dalam kes petani, mereka bercucuk tanam di tanah yang bukan milik mereka. Mereka terpaksa menyewanya daripada tuan tanah yang kaya. Mereka juga tiada modal kerja untuk mengusahakan tanah yang disewa.

Golongan ini menjadi hamba kepada tuan tanah dan orang tengah. Maka infrastruktur yang dibina tidak bermakna pada mereka.

Mereka memerlukan institusi kredit yang tidak pernah diwujudkan di kawasan pedalaman. Maka mereka terpaksa bergantung kepada orang tengah dan tuan tanah yang bersifat mengeksploitasi untuk mendapatkan modal kerja. Bayaran dibuat dalam bentuk hasil daripada tanah yang disewa itu.

Ini adalah kitaran kemiskinan tidak berpenghujung yang membawa kepada keadaan perhambaan di pedalaman.

Dalam kes nelayan pula, mereka terpaksa menyewa bot dan mereka tidak memiliki kemudahan untuk membawa hasil tangkapan ke pasar. Peranan itu jatuh ke tangan pemilik bot dan orang tengah. Inilah golongan yang mengaut keuntungan daripada nelayan yang bekerja keras dan penuh bahaya.

Mereka yang mendapat manfaat adalah hirarki Umno yang memiliki modal yang diperlukan nelayan dan petani.

Ini semua sudah berlalu dan senario sudah berubah. Semakin ramai orang Melayu yang meninggalkan kerja tradisional tersebut tetapi masih berada di peringkat bawah dalam struktur sosial.

Umno perlu membuatkan orang Melayu kekal dalam keadaan sebegitu dengan mempromosikan budaya lama mentaliti gembala dan tertawan dengan menekankan kaum dan agama. Umno seperti sudah berubah daripada sebuah parti etnik kepada parti perkauman. Semakin banyak cabaran dihadapi, semakin tinggi sikap perkauman Umno.

Dua pilihanraya umum terakhir ini telah membuktikan yang ia telah kehilangan sokongan sebahagian besar orang Melayu. Ia mungkin akan kehilangan kuasa dan seterusnya kehilangan kekayaan yang selama ini dinikmati pemimpinnya.

Ia perlu mewujudkan satu keadaan krisis dan menggunakan cara perkauman yang ekstrem untuk mendapat saki-baki sokongan Melayu.

Umno memang telah kehilangan segala kewibaannya. Ia hanya mahu mengekalkan kuasa dan untuk itu sanggup melakukan apa sahaja.

- See more at: http://bm.theantdaily.com/Terkini/Umno-baru-nampaknya-sudah-hilang-arahnya#sthash.P1pS3PHg.dpuf

Tuesday, April 7, 2015

Kartunis digeruni Umno........

Dari kartunis kampung kepada musuh No 1 Umno Baru
oleh Mariam Mokhtar

PERSONALITI: Zunar mula melukis kartun pada usia yang muda. Rakan-rakan sekolah rendahnya di Pendang, Kedah gemar berkongsi kartunnya. Ketika berusia 11 tahun, beliau semakin bersemangat apabila Majalah Bambino menerbitkan kartunnya. Di mata rakan sekolah dan kampungnya, dia adalah seorang wira, budak kampung yang telah berjaya dalam dunia penerbitan.

Ini diikuti pula dengan lebih banyak kejayaan, dan kartun beliau telah diterbitkan dalam majalah-majalah seperti Anak Kijang dan Pak Adil. Namun tidak beliau sangka bahawa 40 tahun kemudian, dia akan dianggap sebagai musuh nombor satu Umno Baru dan mendapat pengiktirafan dunia.

Jadi, mengapakah Zunar dibenci oleh pihak berkuasa?

Pertamanya, Zunar adalah seperti kita semua. Beliau tidak menjadi ahli dalam mana-mana NGO atau parti politik. Hubungan politik beliau dapat dilihat dari lukisan-lukisan beliau. Beliau pernah berkata bahawa jika Pakatan berjaya mendapat mandat, beliau akan memberikan mereka masa yang munasabah untuk mula memperbetulkan semua kesalahan UMNO Baru. Selepas itu, beliau akan memberikan pemimpin-pemimpinnya tahap penelitian yang sama dengan pemimpin-pemimpin Umno Baru. Beliau mensasarkan pemimpin kerana mereka adalah pembuat keputusan.

Keduanya, Zunar tidak takut dengan ancaman. Individu-individu yang lemah semangat telah tunduk kepada tekanan, dan kini sedang menikmati ganjaran kuasa, kedudukan dan wang, dengan mengkhianati rakyat. Suara hati Zunar adalah jelas.

Ketiga, Zunar adalah seorang kartunis berbakat dan dia mempunyai tarikan meluas. Peminat termuda Zunar berusia tujuh tahun, dan memiliki setiap buku dalam koleksi Zunar. Dia menggemari kartunnya kerana ianya lucu. Seorang dewasa muda mendedahkan bahawa pemahamannya tentang politik meningkat, apabila dia semakin matang, dan kartun-kartun Zunar menjadi semakin penting dan relevan.

Keempat. Kartun Zunar tidak mengenal sempadan kaum atau agama. Rakyat Malaysia bersatu dalam mengecam rasuah dan ketidakadilan. Tidak kira jika kartun Zunar dihargai oleh orang Melayu atau Cina, Orang Asli atau India. Pembacanya mengetahui bahawa dia mengkritik orang Islam dan bukannya agama Islam. Malangnya, pihak berkuasa tidak dapat melihat perbezaan yang penting ini.

Kelima. Karya Zunar diiktiraf secara meluas di seluruh dunia. Orang asing yang sudah biasa dengan politik Malaysia mempunyai pemahaman yang mendalam tentang isu-isunya. Mereka yang mungkin tidak faham perihal tersirat, tidak sukar untuk memahami mesej yang disampaikan. Sifat mudah dan jelas karyanya adalah apa yang ditakuti oleh Umno Baru.

Keenam. Zunar berbangsa Melayu. Umno Baru takutkan orang Melayu yang bersikap anti-pemilik kuasa. Orang Melayu yang enggan akur kepada kehendak parti, mesti dihukum kerana ia memperkasakan orang Melayu lain untuk mempersoalkan salah-salah laku, dan ketidakadilan yang dilakukan oleh pihak berkuasa.

Ketujuh. Zunar cenderung membongkarkan penyelewengan-penyelewengan kerajaan dan kartunnya disiarkan secara terbuka kepada semua orang, dan boleh diakses untuk dimuat turun dari laman sesawang beliau, www.zunar.my.

Kelapan. Beliau kerap dijemput menyampaikan ucapan-ucapan di universiti-universiti di luar negara, dan dalam perjalanan terakhir beliau ke England, berucap kepada kedua-dua ahli akademik dan pelajar di Universiti Oxford. Beliau mempunyai banyak tugasan, dalam perancangan, dengan universiti-universiti utama. Publisiti negatif tentang penyelewengan Umno Baru adalah apa yang pihak berkuasa mahu kekang.

Kesembilan. Walaupun ditangkap, setelah pejabatnya diserbu dan buku-bukunya dirampas, Zunar telah memberitahu pihak berkuasa, "Saya akan menentang kezaliman sehingga titisan terakhir dakwat pen saya."

Kesepuluh. Zunar adalah musuh nombor satu Umno Baru kerana beliau adalah seorang "ahli kreatif". Beliau menggabungkan aktivisme dengan kreativiti, untuk mengkritik rejim Malaysia yang menindas. Ini menjadikan beliau unik. Pihak berkuasa boleh mengharamkan buku-buku beliau, mengganggu kakitangan dan mengheretnya ke penjara, tetapi mereka tidak boleh mengharamkan mindanya. Ahli-ahli kreatif adalah mimpi paling buruk Umno Baru.

- See more at: http://bm.theantdaily.com/Terkini/Dari-kartunis-kampung-kepada-musuh-No-1-Umno-Baru#sthash.nIcJKv7P.dpuf

Monday, April 6, 2015

Daripada tunggang-terbalik, sekarang banyak perkara telah menjadi kucar-kacir

oleh Ahmad Mustapha Hassan

SEKILAS PANDANG: Banyak perkara gila sedang melanda Malaysia hari ini. Tindakan gila oleh pihak berkuasa dalam penahanan mereka dari pihak pembangkang kerana mendedahkan salah urus negara oleh Umno Baru dan wartawan yang bertindak sebagai pelindung kebenaran menunjukkan bahawa kerajaan telah menjadi panik.

Mereka telah kehilangan usaha untuk merasionalisasi tindakan tidak terkawal mereka. Para menteri menunjukkan yang tidak tahu apa yang terjadi. Malah perdana menteri membuat kenyataan tidak bijak tentang GST.

Ini bukanlah untuk membebankan rakyat, melurut laporan tentang apa yang dikatakannya mengenai percukaian baru kepada rakyat. Dan sudah tentu ianya halal! Apa saja cukai akan menambahkan beban kepada kehidupan rakyat. Ini terutamanya apabila melibatkan seluruh populasi.

Negara ini mempunyai kekayaan semula jadi tetapi cara kerajaan Umno Baru mengurus negara telah mengakibatkan kekayaan ini habis. Petronas telah menjadi sumber kewangan kerajaan.

Tun Razak pernah memberitahu saya ketika saya masih lagi menjadi setiusaha akhbar beliau bahawa hasil minyak seharusnya disimpan dan digunakan untuk kepentingan generasi akan datang. Tetapi ianya telah dibazirkan.
Wang yang diperolehi daripada cukai yang dibayar rakyat telah dirampas dengan cara yang salah. Walaupun kerajaan memiliki menurut beberapa sumber, enam jet peribadi untuk kegunaan pemimpin kerajaan terutamanya perdana menteri, namun baru-baru ini mereka telah membeli satu lagi jet yang baru. Yang terakhir digunakan telah pun diubahsuai dan masih lagi membeli yang baru. Ini adalah sama sekali pembaziran wang rakyat.

Menggunakan lebih dari RM2 juta wang untuk membayar bil elektrik rumah PM telah dirasionalisasikan oleh PM bahawa digunakan untuk menerangkan tempat itu ketika upacara makan malam. Ini adalah sebab paling tidak masuk akal yang saya pernah terima.

Satu lagi rasionalisasi menteri terhadap pelaksanaan GST adalah untuk membayar gaji penjawat awam. Apakah sebabnya untuk mempunyai sejumlah besar penjawat awam seramai 1.6 juta? Namun efisiensi masih lagi kita tidak ingin kecapi.

Menteri kabinet Malaysia berumlah 32 kesemuanya. Dan terdapat lebih daripada 20 timbalan menteri. Selain itu, terdapat juga setiusaha politik. Dan di setiap syarikat berkaitan kerajaan mempunya ahli Umno Baru menerajui institusi. Ianya sama sekali, seperti yang dilihat, mana-mana ahli Umno Baru tanpa mengira status berada dalam kerajaan.

Dan selain itu, terdapat jumlah yang tidak terhitung penasihat dan perunding. Ini sama sekali begitu membingungkan. Ini tidak lain tidak bukan hanya untuk memberi pekerjaan kepada ahli parti.

Ini adalah situasi di mana wang rakyat telah disalah guna.

Dengan sejumlah ini, negara kita langsung tidak berkembang. Dan paling teruk sekali adalah rakyat telah dipecahkan mengikut etnik dengan teruknya. Agama telah memainkan peranan signifikan yang telah mencetuskan kebimbangan ramai.

Kerajaan tidak seharusnya menjalankan perniagaan. Tetapi kerajaan Umno Baru ini telah terlibat dengan bermacam-macam usaha niaga dengan jumlah yang besar sekali.

Tetapi cara perniagaan ini dijalankan boleh diibaratkan dengan pepatah Melayu lama “berniaga buloh kasap, untung tiada modal lesap” dan dalam kes perniagaan Umno Baru, penambahan boleh dibuat “hutang berlipat ganda”. Ringkasnya, usaha sama komersial kerajaan Umno Baru tidak membawa pulang keuntungan dan modal telah dihapuskan dan di samping itu, hutang terus meningkat.

Negara ini boleh dikatakan sedang dipimpin oleh sekumpulan yang telah hilang pertimbangan dan kewajaran.

- See more at: http://bm.theantdaily.com/Terkini/Daripada-tunggang-terbalik-sekarang-banyak-perkara-telah-menjadi-kucar-kacir#sthash.zEqc8eik.dpuf

Friday, April 3, 2015

Adakah kaum melayu mahu disuap sampai kiamat?

oleh Ahmad Mustapha Hassan

SEKILAS PANDANG: Menurut kerajaan Umno Baru, orang Melayu perlu disuap setiap masa – mungkin sampai kiamat. Mereka mempunyai tanggapan rendah terhadap orang Melayu, yang bangsa Melayu tidak dapat berdikari. Dan dengan pelaksanaan program ‘bersuap’ ini, mereka dan rakan-rakan dan kroni mereka akan menjadi penerima utama.

Ini adalah sangat jelas dari masa agenda afirmatif ini dimulakan, tidak lama selepas tahun 1969. Mereka yang tidak seharusnya mendapat manfaat, menjadi penerima utama dan paling penting, mereka mewakili parti itu.

Saya masih ingat apabila Umno asal telah mengadakan mesyuarat agung tahunan mereka. Kebanyakan perwakilan datang sama ada dengan bas atau kenderaan biasa-biasa sahaja. Tiada Mercedes atau Jaguar yang dilihat.

Dan sebahagian besar dari mereka akan berkumpul di Rumah Umno berhampiran pasar Chow Kit, di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Mereka akan tinggal di hotel-hotel kecil yang murah berhampiran pasar ini. Saya pernah melawat mereka di sana.

Tetapi tidak lama selepas pelaksanaan agenda afirmatif, semua hotel-hotel ini tidak pernah dikunjungi perwakilan-perwakilan Umno lagi. Mereka akan tinggal di hotel-hotel lima bintang.


Kekayaan telah dicampak ke pangkuan mereka. Kesengsaraan mereka yang bukan ahli Umno tidak disentuh oleh agenda tindakan afirmatif ini. Malah ahli-ahli parti biasa yang tinggal di kampung-kampung luar bandar, tidak menerima skim hebat ini.

Kerana faedahnya hanyalah untuk diraih oleh orang-orang yang penting dalam parti, kegagalan skim ini tidak pernah dikaji, mengapa majoriti orang Melayu tidak mendapat manfaat daripada tindakan ini. Sebaliknya lebih banyak faedah telah dicurahkan ke dalam skim ini, seolah-olah tidak berpenghujung. Namun gejala-gejala ekonomi orang Melayu miskin masih wujud.

Rasa takut untuk menganalisis kegagalan skim ini adalah nyata, di mana keputusan-keputusannya akan menunjukkan kewujudan salah urus, rasuah dan salah guna skim yang tidak memberi faedah kepada kumpulan sasaran, hanya kumpulan tertentu.

Tetapi orang Melayu miskin telah diyakinkan bahawa mereka memerlukan Umno Baru untuk melindungi mereka. Sentimen bahawa mereka telah menjadi miskin disebabkan orang bukan Melayu, telah mencipta sindrom kebergantungan kepada Umno Baru. Tipu muslihat dan pengkhianatan adalah cara yang digunakan untuk menipu "mereka".

Masanya telah tiba untuk mendedahkan pengkhianatan oleh Umno Baru bukan sahaja kepada orang Melayu miskin, tetapi terhadap seluruh negara.

Kebebasan dan kemerdekaan sepatutnya memberi kebaikan kepada semua orang, bukan hanya beberapa pihak.

- See more at: http://bm.theantdaily.com/Terkini/Adakah-kaum-Melayu-mahu-disuap-sampai-kiamat#sthash.bTB450y9.dpuf

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-