Friday, April 24, 2015

Saya tidak keseorangan, kata Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata, beliau tidak merasa kesepian, dalam nada menyindir pengkritik tegarnya bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang baru-baru ini berkata, beliau keseorangan dalam menyatakan kebenaran.

Najib membuat kenyataan itu ketika berucap di program Invest Malaysia 2015 di Kuala Lumpur hari ini, dalam satu dewan yang penuh dihadiri para pelabur.

Beliau seakan menjawab kritikan Dr Mahathir kepadanya dan secara tidak langsung dengan mengatakan dalam ucapannya, "pihak tertentu" menyuarakan rasa kesunyian dalam berkata benar.

"Akhir-akhir ini, ada yang mengatakan, di Malaysia, kita keseorangan dalam menyatakan kebenaran," kata Najib, yang juga menteri kewangan, di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur, pagi ini.
"Saya boleh katakan, saya tak terasa keseorangan berdiri di sini," katanya, sambil menambah ini kerana banyak badan antarabangsa, individu dan institusi yang memuji kejayaan Malaysia.

"Saya tak rasa keseorangan langsung. Malah, saya rasa saya ada ramai teman di sini. Dan saya yakin, dengan kestabilan dan pertumbuhan Malaysia yang diketahui umum, di bawah kerajaan ini, saya akan bersama anda lagi tahun depan dan tahun-tahun mendatang," katanya.
1
Dr Mahathir menulis di blognya chedet.cc pada 14 April, beliau merasakan dirinya bersendirian dalam usahanya mendapatkan jawapan kepada pelbagai isu yang dibangkitkannya, terutamaberhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan kes pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu. – TMI
Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=269312:saya-tidak-keseorangan-kata-najib&Itemid=2#ixzz3Y9YatdWF
Follow us: @MsiaChronicle on Twitter

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-