SEKILAS PANDANG: “Soalan bagus lebih baik berbanding jawapan mudah.”
Itulah kata-kata pakar ekonomi Amerika dan pemenang anugerah Nobel Paul Anthony Samuelson.
Dalam aspek itu, keputusan kini rakyat 1 – 0 Perdana Menteri Najib Razak.
Bukan rahsia lagi yang perdana menteri dikepung pelbagai soalan daripada pengundi yang tidak puas hati dengan pentadbiran serta caranya mengendalikan isu-isu tertentu.
Lebih menyukarkan keadaan Najib, bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad – negarawan yang terkenal dengan pemikiran dan akal tajam, walaupun sudah menghampiri usia 90 tahun – telah meningkatkan serangannya ke atas Najib.
Berikutan kritikan yang diterima, Najib pernah sekali cuba (dan bagi saya gagal) menjawab sebahagian soalan melalui bual bicara di televisyen yang kelihatan terlalu dirancang.
Najib bercakap panjang lebar, namun soalan-soalan tidak pernah berhenti datang kepadanya. Malah boleh dikatakan ia semakin banyak dan lantang.
Ini menyebabkan Najib mencuba sekali lagi untuk memesong panah-panah yang menujunya, dengan memberikan jawapan kepada sebahagian soalan dalam blog rasminya najibrazak.com baru-baru ini.
Dalam posting tersebut, Najib “menjawab” 13 soalan yang semuanya berkaitan dengan isu-isu kotroversi di bawah pentadbirannya. Ia termasuk pembunuh model Mongolia Altantuya Shaariibuu, 1MDB, program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan dakwaan BN akan tewas dalam PRU akan datang jika masih dipimpinnya.
Tetapi kebanyakan apa yang dikatakan sebagai “jawapan” itu kekal sebagai persoalan, sekurang-kurangnya bagi saya. Saya serahkan kepada pembaca yang bijaksana untuk membaca dan menilainya sendiri, namun saya sertakan beberapa contoh di sini.
Bukankah kita sudah mendengarnya banyak kali?
Langsung tidak menyatakan mengapa dua komando polis biasa boleh meletupkan seorang perempuan asing dengan bahan letupan plastik, dan mereka bertindak di bawah arahan siapa.
Tentang 1MDB: “Ia kini di bawah siasatan Jabatan Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Awam Negara (PAC), maka jangan buat spekulasi dan diracuni dakwaan pihak yang memiliki agenda tersembunyi.”
Najib juga mengabsahkan BR1M dengan berkata, “beri seseorang itu ikan, dia akan dapat makan untuk sehari. Ajarnya tangkap ikan, dia akan dapat makan seumur hidup’. Namun dalam dunia nyata, kita perlu buat kedua-duanya – berikan bantuan kepada yang memerlukan dan pada masa sama melabur dalam pendidikan/kemahiran untuk meningkat dan menambahbaik produktiviti. Kementerian Pendidikan menerima peruntukan terbesar dalam bajet kita.”
Justeru mengapa standard pendidikan kita merudum dengan teruk?
Berhubung dakwaan yang BN akan kalah dalam PRU akan datang, Najib memberikan senarai “pencapaian” di bawah pimpinannya, dan berkata jika beliau terus mendapat sokongan untuk menjalankan program transformasinya, negara akan berjaya. Beliau juga menyeru rakyat agar tidak percaya khabar angin, putar belit dan kenyataan separuh benar.
Najib juga menyentuh isu jet baru yang dibeli kerajaan, dengan menjawab ia untuk menggantikan “pesawat berusia 16 tahun yang menjadi ancaman kepada keselamatan”. Katanya lagi, jutaan yang dihabiskan untuk mengubahsuai bahagian dalamannya bertujuan untuk membolehkan mesyuarat dan perbincangan diadakan “agar urusan berkaitan negara dapat diteruskan semasa perjalanan.”
Saya tidak tahu tentang anda, namun secara peribadi saya tidak yakin dengan satu pun jawapan yang diberikan.
Najib kelihatan seperti berkongsi pandangan dan memberitahu negara tentang apa yang diyakininya betul, bukannya menjelaskan kesilapan yang telah berlaku dan meredakan tanda tanya rakyat.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.