KUALA LUMPUR, 28 Jun:
Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan sejak penubuhannya hingga kini, namun imej DAP sebagai parti rasis di negara ini masih lagi menebal, kata Awang Selamat.
Kata Awang, jika generasi DAP dahulu sanggup memakai songkok dan duduk di tangga surau, generasi kini sudah pandai membaca ayat al-Quran dalam usaha menambat hati orang Melayu.
“Dari dulu lagi, para pengasas parti itu sanggup bersongkok, bersimpuh di tangga surau dan ‘menjiwai’ Melayu seperti di Singapura.
“Begitu juga dengan generasi baru DAP yang sanggup menggunakan ayat suci al-Quran dan Hadis serta jolokan tokoh pejuang Islam silam.
“Apabila sokongan diperoleh dan kemenangan dalam pilihan raya dicapai, kepentingan Islam dan Melayu dinafikan, dihina, dibiarkan terpinggir dan lemah,” katanya dalam ruangan Analisis Mingguan: Bisik-bisik Awang Selamat.
Menurut Awang, tahalul siyasi yang terjalin di antara DAP dan PAS dalam Pakatan Rakyat selama beberapa tahun ini berjaya sedikit sebanyak dapat membantu ‘memulihkan’ persepsi dalam kalangan sebahagian orang Islam ke atas DAP.
Bagaimanapun apabila tahalul siyasi itu sudah putus, DAP yang selalu ke hadapan dan menguasai pengolahan permainan persepsi dalam isu-isu semasa terpaksa bergantung kepada usaha sendiri untuk meyakinkan orang Melayu.
“Mudah untuk menangguk di air keruh termasuk bagi menjadi juara kepada orang Melayu. Sudah berulang kali terbukti dalam mendapatkan sokongan Melayu, DAP bersandiwara. Sejarah tidak pernah menipu.
“Lihatlah juga apa berlaku di Pulau Pinang. Slogan demokratik, kebebasan dan keadilan untuk semua, adalah muslihat semata-mata tetapi akhirnya DAP lebih menjaga kepentingan satu kaum sahaja,” katanya.
Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/06/28/bila-dap-cuba-jadi-melayu/#ixzz3eKJq5lWV
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.