KUALA LUMPUR, 5 Jun:
Majlis dialog ‘Nothing2Hide’ yang sepatutnya dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, gagal dianjurkan dengan baik dan tersusun.
Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa berkata, beliau sangat menyesali apabila program itu menjadi ‘luar kawalan’ dan dilihat seperti tidak diuruskan.
Menurutnya, sebagai tetamu yang dijemput ke majlis itu, penganjur sendiri tidak pasti siapa yang membuat keputusan supaya majlis itu dibatalkan dan jika ia dibatalkan seharusnya dilakukan dengan cara yang lebih baik.
“Program ini sepatutnya boleh dikendalikan dengan cara yang lebih baik kerana ia dihadiri begitu ramai orang.
“Walau bagaimanapun, saya tidak fikir reputasi dan imej Perdana Menteri akan tercalar kerana di saat akhir beliau tidak hadir.
“Kami hadir di sini untuk berbincang dan bukan untuk berperang. Pihak berkuasa lebih tahu perkara ini. Program ini boleh dibatalkan namun apa yang berlaku adalah kelam kabut,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.
Katanya, kenyataan mengenai pembatalan program itu yang dibuat oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Ibrahim menerusi akaun Twitter juga dilihat kurang sesuai.
“Bagaimana arahan yang penting seperti itu dikeluarkan menerusi Twitter?”
“Boleh tweet tetapi pihak polis perlu berada di sini untuk mengawal keadaan,”
Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid berkata, program ini dianjurkan dengan niat yang baik dan menjangkakan ia menjadi luar kawalan.
katanya, terdapat pihak yang tertentu merancang untuk menjadikan keadaan kelam kabut atas sebab tertentu untuk memalukan penganjur.
“Ini tidak sepatutnya berlaku kerana dialog yang dianjurkan ini secara aman dan apa yang terjadi adalah sejarah hitam buat UMNO.”
Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali menyokong tindakan polis sepenuhnya untuk menangguhkan sesi dialog itu atas sebab keselamatan.
Beliau mencadangkan agar sebuah sesi debat diadakan antara Najib dan Dr Mahathir menerusi siaran lagsung di kaca televisyen bagi orang ramai menontonnya secara aman.
Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/06/05/kemelut-nothing2hide-detik-hitam-sejarah-umno/#ixzz3cF60LbNv
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.