Ketua Parlimen DAP itu berkata, ini adalah salah satu sebab mengapa tindakan Hadi menyatakan Pakatan masih wujud memang tidak masuk akal.
Katanya, sebelum PAS memutuskan untuk menamatkan sebarang hubungan dengan DAP pada 6 Jun lalu, Pakatan sendiri telah gagal berfungsi sebagai satu unit kerana tindak-tanduk Hadi.
“Pakatan telah wujud beberapa tahun ini hanya bersandarkan pada nama tapi bukan realitinya, kerana Hadi telah melanggar dua prinsip asas Pakatan iaitu Dasar Bersama dan konsensus bahawa persetujuan ketiga-tiga parti diperlukan untuk apa jua usul yang dibuat.
“Malah, krisis Pakatan mungkin akan datang lebih awal lagi jika berjaya memenangi majoriti kerusi Parlimen dalam PRU 13 lalu kerana Hadi tidak pernah menerima Anwar sebagai calon PR untuk menjadi Perdana Menteri.
“Dengan latar belakang sedemikian, saya berasa amat terkejut apabila Hadi boleh mendakwa Pakatan masih tidak berkubur, sedangkan Sekretariat PR untuk beberapa tahun kebelakangan ini mendapati hampir mustahil bagi menetapkan mesyuarat dengan kehadirannya,” kata beliau dalam kenyataan. – Roketkini.com
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.