DAP terus menyerang Pas. Pas dikata punca pakatan pembangkang berpecah. Pas tidak jujur, tiada maruah dan prinsip. Parti ini yang dikait-kaitkan dengan UMNO, diputuskan secara sepihak tidak lagi layak untuk menjadi pilihan rakyat Malaysia.
DAP bersama konco-konco NGO, badan pemikir dan portal berita serta kumpulan pimpinan Pas yang tidak terpilih terlihat begitu tekun menjalankan gerakan strategik untuk menghukum mati Pas.
Pas yang dahulu dipeluk cium, bagi DAP tidak lagi berguna untuk mencapai cita-cita besar menawan Putrajaya. Pas malah dianggap telah mengkhianati kepercayaan rakyat sehingga di Pulau Pinang lambang bulan pun tidak lagi dibenarkan berada dalam pentadbiran kerajaan negeri.
Pas dituduh macam-macam. Di bawah pentadbiran baharu Pas dilabel parti Taliban, parti pantai Timur dan parti tertutup. Yang mahu dilihat hebat dan gah ialah DAP.
Pokoknya yang baik-baik, yang muluk-muluk, yang membela kepentingan rakyat melebihi segala-galanya hanyalah DAP dan sekutu yang menyokong mereka.
Benarkah begitu? Begitu sekali manipulasi DAP bagi memburuk-burukkan Pas. Barangkali dengan cara begitu DAP dapat menutup segala kelemahan mereka yang tebal dengan label cauvinis itu.
Ada cara mudah untuk DAP menunjukkan bahawa mereka parti masa depan, parti yang sentiasa mendahulukan kepentingan rakyat terbanyak. Tiba masanya DAP mengotakan apa yang dikata sebagai parti nasional demokratik, jujur, terbuka dan telus.
DAP seharusnya segera tampil untuk menyelesaikan kemelut politik di Selangor selepas mengumumkan pakatan pembangkang yang kini memerintah Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor tidak lagi wujud.
DAP yang memulakan permainan, parti inilah yang seharusnya ke hadapan untuk menyelesaikan masalah di Selangor. Jangan hanya mementingkan diri memikirkan kerajaan negeri Pulau Pinang sahaja tetapi melepaskan amanah rakyat di Selangor kepada pihak lain.
Selaras dengan apa yang DAP lakukan di Pulau Pinang, parti ini seharusnya mengambil langkah sama di Selangor. DAP sepatutnya keluar daripada pakatan kerajaan negeri Selangor sekarang. Ini sekurang-kurangnya bagi membolehkan gabungan baharu kerajaan negeri dibentuk.
Menepati
Jika benar bagai dikata telah menjadi parti bertaraf nasional yang gah dan hebat, DAP seharusnya menunjukkan jalan bentuk sebuah kerajaan negeri Selangor. Lagipun Selangor selalu diagung-agungkan sebagai gabungan contoh pakatan pembangkang.
Inilah masanya untuk menunjukkan teladan yang nyata.
Tunjukkan DAP boleh menjadi harapan baharu rakyat Malaysia dan melakar sejarah, sekali gus membuang jauh-jauh imej cauvinisnya itu.
Lebih bagus jika gabungan itu kelak benar-benar mencerminkan sebuah kerajaan negeri yang komited bekerja untuk rakyat.
Tunjukkan DAP, parti yang tidak kemaruk jawatan tetapi yang lebih penting adalah keperluan rakyat.
Barangkali ADUN Pelabuhan Klang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim boleh dipilih semula sebagai Menteri Besar Selangor bagi mengemudi gabungan baharu politik Malaysia.
Abdul Khalid orang paling layak dan menepati ciri-ciri pemimpin yang selalu dibayangkan oleh DAP iaitu cekap, telus dan amanah.
Belaiu dikenali sebagai politikus yang tidak tunduk kepada arahan dan tekanan parti politik. Tambahan pula Abdul Khalid mempunyai pengalaman luas mentadbir Selangor. Beliau menepati kayu ukur DAP.
Tetapi beranikah DAP? Inikah sebenarnya yang diharapkan akan berlaku di Selangor oleh DAP?
DAP telah gagal dalam ujian di Pulau Pinang. Dalam hiruk-pikuk DAP melabel pimpinan PAS yang tidak melepaskan jawatan dalam kerajaan negeri Pulau Pinang sebagai tiada maruah dan prinisp, Lim Guan Eng bagaimanapun tetap mengekalkan wakil tunggal Pas, Salleh Man sebagai Exco.
Alasan dan hujah memang boleh dicipta dan sekali lagi DAP gagal menunjukkan contoh yang sewajarnya. Mereka begitu gemar bercakap soal kualiti dan integriti, tetapi apabila diuji politikus DAP sendiri gagal untuk melaksanakannya.
Mengapa perlu ada pilih kasih sedangkan parti ini paling lantang melantunkan slogan-slogan keadilan dan kesamarataan? Jadi, lupakan jika ada yang mengharapkan DAP akan mengubah wajahnya sebagai parti pelbagai kaum yang adil dan saksama.
Jangan termakan godaan DAP untuk kononnya akan mewujudkan landskap baharu politik Malaysia. Parti ini akan tetap bersikap seperti selalunya.
Baling batu sembunyi tangan dan sentiasa ada pihak yang akan menjadi kambing hitam. Kali ini, Pas yang kini dipimpin oleh sepenuhnya kumpulan pro ulama yang akan dipersalahkan.
Inilah yang sedang dilakukan oleh DAP bersama-sama konco-konconya dalam Pas. Parti ini yang mempunyai peluang keemasan untuk berubah dan mengubah landskap politik Malaysia tetapi mereka sendiri yang mensia-siakan peluang itu.
Sebaliknya, kehadiran DAP hanya menambah rencam dan kalut politik Malaysia. - UTUSAN
Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=292012:khalid-ibrahim-mb-selangor-baharu?&Itemid=2#ixzz3dfSlY7rO
Follow us: @MsiaChronicle on Twitter
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
"31 DECEMBER 2012 Buku berkaitan penukaran akuan bersumpah Bala mula tersebar KUALA LUMPUR 31 Dis: Buku yang berkaitan dengan pe...
-
Parti Amanah Negara (AMANAH) mendakwa matlamat PAS pada pilihan raya umum akan datang adalah memastikan DAP dan Pakatan Harapan tidak bole...
-
ismaweb.net Siti Hafidah Dapat nasihat daripada KKM, MKN sebelum berlangsung KUALA LUMPUR, 6 Zulkaedah 1442H, Khamis – Persidangan Dewan Ra...
-
GELANG PATAH, 19 FEB: Sekiranya kes bunuh model Mongolia Altantuya Sharibuu tanpa motif dan dalang, bagaimana Koperal Sirul Azhar dan Ketu...
-
Bai’ah PAS Cuma Cerai Talak Satu – PAN KUALA LUMPUR – Bekas pemimpin PAS yang keluar parti bagi menyertai Parti Amanah Negara (PAN) hany...
-
puteradaily.com February 8, 2021 12:06 pm Tan Sri Annuar Musa berkata, beliau tidak akan mengalah sekiranya dipecat dari UMNO kerana dikatak...
-
BERITA By MT Webmaster On Apr 15, 2021 Kajian itu juga mendapati 42% pengundi inginkan PN untuk terus memegang tampuk pemerintahan negara, ...
-
bharian.com.my Oleh Nur Izzati Mohamad bhnews@bh.com.my - Mac 18, 2025 @ 7:08pm Anwar menandatangani plak simbolik perasmian pada Majlis Pe...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Aug 13, 2024 Beberapa pemimpin akar umbi PAS hari ini tampil mempersoalkan tindakan kerajaan yang membatalkan...
-
Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan hari ini mengingatkan tentang apa yang menurutnya sebagai usaha musuh Islam untuk memperlahankan gera...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.