Monday, July 6, 2015

Krisis PAS, DAP tak akan selesai, wadah baharu diperlukan, kata Khalid Samad

OLEH MOHD FARHAN DARWIS
Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad pada sidang media di pejabatnya di Shah Alam, hari ini. Beliau menegaskan, usaha penubuhan sebuah pakatan pembangkang yang baharu amat diperlukan apatah lagi dengan pilihan raya umum yang semakin hampir. – Gambar The Malaysian Insider oleh Setkh Akmal, 6 Julai, 2015.

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata adalah mustahil krisis antara DAP dan PAS akan dapat diselesaikan dalam masa terdekat, sedangkan pakatan pembangkang yang kuat diperlukan bagi mencabar Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum yang semakin hampir.

Sehubungan itu, Khalid berkata usaha penubuhan sebuah pakatan pembangkang yang baharu amat diperlukan.

"Berpecahnya Pakatan Rakyat (PR) yang ada adalah antara PAS dan DAP yang tidak mungkin selesai dalam jangka masa pendek sedangkan pilihan raya umum tidak lama lagi dalam ketidaktentuan politik.

"Adanya keperluan satu pakatan baharu yang mampu mencabar BN dan dianggap usaha untuk menubuhkannya amat diperlukan," kata Khalid pada sidang media di pejabatnya, di Shah Alam hari ini.

Pembentukan pakatan baharu itu katanya perlu memastikan penyatuan penyokong DAP dan PKR bersama golongan Islamis.

"Pakatan baharu yang menyatukan hasrat rakyat, golongan Islamis, penyokong DAP dan PKR perlu diwujudkan kembali supaya ia mampu menandingi BN.

"Ada kemungkinan entiti Islam lain perlu diwujudkan untuk menggantikan PAS dalam pakatan itu," katanya.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/krisis-pas-dap-tak-akan-selesai-wadah-baharu-diperlukan-kata-khalid-samad#sthash.x2fgFXBf.dpuf

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-