Tan Sri Muhyiddin Yassin digesa memangku jawatan perdana menteri bagi memberi ruang siasatan terhadap skandal melibatkan Datuk Seri Najib Razak dijalankan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 Julai, 2015.
Sekumpulan mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) hari ini menggesa Datuk Seri Najib Razak mengambil cuti dan meminta Tan Sri Muhyiddin Yassin memangku jawatan beliau susulan skandal terbaru didakwa melibatkan perdana menteri itu.
Selain menuntut Muhyiddin mengambil alih kedudukan Najib buat sementara waktu bagi memberi ruang siasatan dijalankan, pimpinan mahasiswa itu juga merancang mengadakan protes besar-besaran sekiranya kerajaan masih gagal menyelesaikan masalah yang dihadapi negara.
"Pimpinan mahasiswa UIAM mendesak supaya perdana menteri mengambil cuti sehingga segala siasatan melibatkan beliau selesai dan (jawatannya) dipangku Muhyiddin," kata mereka dalam satu kenyataan hari ini.
"Sekiranya pihak kerajaan masih gagal membersihkan segala tuduhan dan memberhentikan segala penyelewengan dana awam, Pimpinan Mahasiswa UIAM tidak teragak-agak menggerakkan satu protes besar-besaran dengan disertai seluruh mahasiswa UIAM serta mahasiswa seluruh negara," katanya.
Selain mendesak Najib bercuti, mereka juga mencadangkan 3 perkara iaitu:
* Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bebas bagi menyiasat segala isu penyelewengan yang membabitkan kerajaan Malaysia, khususnya dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dengan kadar segera;
* Perdana menteri dan kerajaan Malaysia menyaman akhbar Wall Street Journal (WSJ) bagi menafikan segala tuduhan yang dibuat; dan
* Mengarahkan Bank Negara serta AmBank segera menafikan segala tuduhan yang dibuat oleh WSJ dengan kadar amat segera.
"Kami berharap adanya tindakan pantas daripada pihak kerajaan dalam melaksanakan desakan kami," kata mereka.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pelajar-uiam-desak-muhyiddin-pangku-jawatan-pm#sthash.SVTyfHhg.dpuf

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.