Sunday, July 19, 2015

PAS sedia lawan Gerakan Harapan Baru dalam pilihan raya

Timbalan mursyidul am PAS Datuk Ahmad Yaakob berkata partinya akan bersedia menghadapi Gerakan Harapan Baru dalam pilihan raya yang akan datang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 19 Julai, 2015.

PAS sedia berhadapan Gerakan Harapan Baru (GHB) dalam pilihan raya umum akan datang, kata timbalan mursyidul am Datuk Ahmad Yaakob menurut laporan Sinar Harian hari ini.

Menteri besar Kelantan itu dipetik berkata, ahli PAS yang ingin menyertai GHB yang baru ditubuhkan secara rasmi itu perlu berundur secara terhormat daripada parti Islam itu.

"Kalau mereka nak isytihar GHB, dia terpaksa meninggalkan segala-galanya. Kena berdikari, sendiri, guna cawangan sendiri, guna wang sendiri.

"Dalam sebuah negara demokrasi, kami mengalu-alukan (penubuhan GHB), tapi jangan berada dalam PAS dalam keadaan tak menentu.

"Harapan Baru pun tak, PAS pun tak... itu masalah," katanya kepada media di rumah terbuka Aidilfitri beliau di Wakaf Baru, Tumpat semalam.

GHB, parti serpihan PAS yang dilancarkan secara rasmi pada 13 Julai dan kini masih menunggu kelulusan Pendaftar Pertubuhan, dipengerusikan bekas timbalan presiden parti itu, Mohamad Sabu, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu.

Ahli jawatankuasa sementaranya terdiri daripada bekas pemimpin parti itu yang tersingkir dalam pemilihan awal bulan Jun, antaranya termasuk bekas naib presiden Salahuddin Ayub, ahli Parlimen Khalid Samad, Dr Mohd Hatta Ramli dan Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa serta bekas menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhammad Taib.

Semasa mengumumkan pelancarannya, Mat Sabu menolak jangkaan yang penubuhan GHB akan menyaksikan ahli jawatankuasanya meletakkan jawatan di dalam PAS.

"Kita masih lagi anggota PAS. Kalau dah ada parti baharu, baru letak (jawatan). Ini parti belum ada lagi, rumah tak siap, kalau hujan nanti, bagaimana?"

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pas-sedia-lawan-gerakan-harapan-baru-dalam-pilihan-raya#sthash.MvkGK3CV.dpuf

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-