SALMIYAH HARUN | 04 Ogos 2015.
KUALA LUMPUR: PAS memandang serius kenyataan yang dikemukakan semalam oleh Pengarah Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tuan Bahri Mohamad Zin yang mendakwa kemungkinan wujud pihak tertentu untuk mengganggu siasatan yang sedang dilakukan oleh badan tersebut.
Ketua Penerangan PAS Pusat Nasrudin Hassan berkata, SPRM sedang menjalankan siasatan terhadap bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd dan telah membuat satu kenyataan mengenai hasil siasatan dana sejumlah RM 2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun milik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, semalam.
Sehubungan itu, katanya, PAS melihat tindakan agresif pihak polis menahan pegawai-pegawai SPRM berhubung dakwaan kebocoran dokumen adalah satu tekanan kepada para penjawat awam dalam menjalankan tugas.
"Walhal, pihak SPRM telah menafikan tiada pegawai-pegawainya yang terlibat dalam konspirasi tersebut.
"Ini menunjukkan satu lagi tindakan terancang untuk mendiamkan skandal kewangan 1MDB apabila satu demi satu pihak yang terlibat secara langsung dalam pendedahan skandal ini telah “dikorbankan”.
Termasuklah, dua portal akhbar yang telah digantung, pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Gani Patail, pembekuan laporan interim dan prosiding siasatan PAC.
Sebaiknya kata beliau, pihak polis pula yang bertindak agresif menahan ramai pegawai kerajaan daripada SPRM dan Pejabat Peguam Negara atas dakwaan konspirasi menjatuhkan Perdana Menteri.
"Banyak perkara berhubung skandal kewangan 1MDB dituntut untuk diberikan penjelasan. Apakah semua ini telah diketepikan kerana menjaga kepentingan peribadi Perdana Menteri?" soal beliau. – HARAKAHDAILY 4/8/2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Hariz Mohd Diterbitkan 27 Ogs 2018, 5:56 petang Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Noor berkata peristiwa "mata lebam" Dat...
-
agendaily.com 24/2/2022 Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Parti politik utama yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor telah...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
Jualan murah Sungai Limau hanya kebetulan, kata Jamil Khir OLEH DIYANA IBRAHIM November 07, 2013 Latest Update: November 07, 2013 04:19...
-
VIDEO HOT : "SAYA AKAN LUDAH MUKA ORANG ITU" - NIK AZIZ Posted by Empayar Pemuda at 11:59 PM ...
-
Wak heran juge, lebih 60 tahun kera-jaan BN yang dikuasai oleh UMNO memerintah masib kaum melayu masih jauh ketinggalan kebelakang jike di...
-
22 tahun orang tue ni menjadi ketue pemimpin negare bagi orang melayu. Di mane dan bagaimane kedudukan orang melayu hari ini jike diband...
-
Wak tak heran kalau kerajaan BN yang di pimpin UMNO semakin ditolak oleh kaum cine. Sebenarnye parti2 komponen dalam BN seperti MCA dan P G...
-
agendaily.com 05/07/2023 Ketua Pemuda Perikatan Nasional, Ahmad Fadhli Shaari membidas kenyataan Zahid Hamidi. Penghinaan terhadap penjawat ...

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.